Langkau ke kandungan utama

Merdeka dalam Lakaran Kanak-Kanak

Pagi tadi suasana dalam kelas jadi lain macam sikit. Bukan sebab ada ujian mengejut atau cikgu marah-marah, tapi sebab budak-budak seronok dengan pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan. Meja yang biasanya penuh dengan buku teks kali ni bertukar jadi penuh dengan pensel warna, krayon, dan bekas alat tulis.

Masing-masing tekun, tunduk dengan kertas lukisan depan mata. Ada yang pegang pensel warna macam nak pecah, ada yang teliti betul-betul ikut garisan. Yang paling menarik, gambar yang mereka warnakan bukan sebarang gambar, ada bendera Jalur Gemilang, ada wajah rakyat Malaysia pelbagai kaum, dan kata-kata semangat “Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-68”.

Nampak kecil, tapi dalamnya besar melalui warna-warna yang mereka pilih, terserlah semangat cinta negara yang mula bercambah sejak bangku sekolah rendah lagi. Bila bendera dicorakkan dengan merah, putih, biru, dan kuning, seakan-akan ada rasa bangga dalam hati mereka walaupun masih kecil.

Pokcik perhati ada seorang budak ni, tekun betul warnakan jalur bendera. Dipegangnya pensel warna merah dengan penuh hati-hati. Sesekali dia tengok balik contoh warna bendera kat meja, takut salah. Itulah, walaupun nampak macam main-main, sebenarnya dari kecil lagi mereka dah belajar erti tanggungjawab walau sekadar memastikan bendera negara diwarnakan dengan betul.

Pertandingan ni bukan sekadar nak cari pemenang, tapi lebih kepada memupuk rasa cinta pada tanah air. Dalam riuh rendah suara budak-budak yang gelak ketawa, ada terselit satu mesej yang cukup penting: Malaysia ni rumah kita bersama, dan setiap warna pada Jalur Gemilang tu ada makna yang perlu kita hargai.

Kadang-kadang kita rasa aktiviti kecil macam ni tak seberapa. Tapi percayalah, daripada tangan-tangan kecil inilah nanti akan lahir generasi yang lebih besar cintanya pada tanah air. Kalau dari awal mereka sudah belajar mewarnai bendera dengan betul, insyaAllah satu hari nanti mereka juga akan mewarnai negara dengan cara yang betul.

Ulasan

Airene Erawan berkata…
kadang-kadang cemburu dengan anak kecil yang pandai melukis dan mewarna ni.. semuanya cantik2, kitonyo keras tangan.. hahaha.. ^^
Puan Hazel berkata…
Bagus sangat aktiviti begini, dapat pupuk semangat cintakan negara. Anak2 inilah yg akan mewarisi negara kita yg tercinta ni
AMIIZAA@Mieja berkata…
semangat merdeka....bagus dipupuk dari kecil
Etuza berkata…
Hebat2 mewarna murid suka tu wak..
pokcikblogger berkata…
Yang lelaki hanya masuk pidato bahasa Melayu sahaja.. pokcik tak sempat rakam gambar dia orang.. sebab diadakan di bilik yang berasingan

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...