Langkau ke kandungan utama

Biskut Tawar Jagung Cicah Teh O Panas

Pagi ni, Pokcik tak sempat singgah beli nasi macam biasa. Terus saja ke sekolah sebab ada urusan awal. Bila duduk di pejabat, buka laci. Nasib baik ada lagi stok biskut tawar jagung yang Pokcik simpan minggu lepas. Haa… lega hati. Cukup lah buat pengalas perut buat sementara di pagi ini. Hati ini tak pula berkeinginan untuk ke kantin sekolah

Pokcik ambil cawan, bancuh teh panas, cicah biskut jagung tu perlahan-lahan. Walaupun ringkas, tetap terasa nikmatnya. Rangup masa mula-mula, bila kena air teh lembut masuk tekak. Sambil kunyah, mata meliar tengok fail menimbun atas meja. Fuhh… nampak gaya, sarapan hari ni memang ditemani kerja-kerja sekolah juga.

Kadang-kadang kita tak sedar, benda paling sederhana macam ni lah yang selalu jadi penyelamat pagi. Kalau nak tunggu sarapan mewah, entah bila sempatnya. Tapi dengan biskut tawar jagung cicah teh 'o' panas, perut terisi, kepala pun ringan sikit nak mula tugas.

Pokcik teringat masa zaman sekolah dulu, guru-guru lama pun selalu ada tin biskut tawar dalam almari pejabat. Katanya senang nak alas perut sebelum masuk kelas. Rupanya sampai sekarang pun, amalan tu masih hidup.

Masa cicah biskut jagung pagi ni, terus datang kenangan lama. Ingat lagi waktu banjir besar dulu. Rumah dinaiki air, dapur habis tenggelam, nak masak pun tak boleh. Buat sementara untuk mengisi perut biskut ni lah yang jadi penyelamatnya. Anak-anak kecil masa tu pun cukup seronok, walaupun susah. Bagi mereka, makan biskut cicah air panas tu dah jadi macam kenduri besar.

Entah kenapa, bila terkenang, rasa rindu pula suasana banjir dulu. Walaupun susah, tapi hati kita semua redha dan tenang. Tak ada keluh kesah, malah jiran-jiran pun saling hulur biskut, kopi, gula. Boleh kata, biskut tawar jagung inilah makanan ‘standard banjir’ di kampung.

Dan hari ni, bila Pokcik duduk di pejabat sekolah cicah biskut dengan teh panas, rasanya sama sederhana tapi penuh makna.

Ulasan

Airene Erawan berkata…
sis jarang ada stok biskut tawar dalam rumah atau ofis.. tp, kalau ajak minum kopi atau teh, insyaAllah sentiasa ada stok.. ^^
adnil linda berkata…
linda pun ada spare biskut dekat pejabat, sebab pejabat jauh dari kantin..kdg2 malas nak menapak..kalau nk delivery, tak berbaloi untuk sorang makan.. hahaha..
tapi, masa zaman sekolah, linda beli biskut jagung yang berlemak tu...sedap
mama tisya berkata…
suka menu ni kalo utk minum ptg...tp lama dh tk cicah biskut tawar ngan teh o panas
Etuza berkata…
Nampak roti tu, tadi terinhat ada beli roti ni..hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.