Langkau ke kandungan utama

Anak pisang jadi rezeki

Pagi ini, Pokcik betul-betul menguji tenaga sendiri. Bayangkan, hampir 100 anak pokok pisang Pokcik cungkil satu persatu. Ada yang mudah, sekali tikam umbi dengan cangkul terus longgar… tapi ada juga yang jenis keras kepala. Umbi besar melekat dalam tanah, situ lah kena guna tenaga lebih. Tangan menggenggam cangkul, peluh pun sudah turun macam air hujan.

Kadang-kadang bila jumpa yang liat tu, rasa macam nak patah pinggang.  Akhirnya, bila berjaya cungkil juga, rasa puas hati. Walaupun pinggang ada rasa sengal sikit-sikit, tapi hati lega tengok hasilnya terkumpul jadi satu longgokan anak pokok.

Alhamdulillah, sahabat Pokcik sudah pesan nak beli, RM1.50 sepokok. Bila kira-kira semula, dapatlah juga duit belanja untuk beli ikan dan ayam buat lauk petang nanti. Seronok juga bila penat lelah kebun boleh bertukar jadi rezeki yang nyata.

Inilah kerja kebun, tak boleh kira ringan atau berat. Semua ada cabaran, semua ada peluhnya. Tapi bila fikir nanti anak pokok pisang ini akan tumbuh subur di tanah orang, berbuah lebat dan jadi rezeki kepada keluarga mereka pula, hilang juga rasa penat.

Petang nanti, dapatlah Pokcik duduk santai tepi laman, makan nasi berlauk ikan segar hasil titik peluh pagi ini. Hati pun rasa tenang, senyum sendiri mengenang sahabat-sahabat kecil bernama anak pisang yang jadi rezeki hari ini. 🌱😊

Ulasan

Puan Hazel berkata…
Besarlah kebun Pokcik ye, sampaikan anak pisang pun boleh ada 100 batang.
Bila dapat hasil tu, makin seronok nak bercucuk tanam agaknya kan
Etuza berkata…
Di Keningau anak pokok RM5.oo ..pernah Etuza beli tempat orang RM5.00 dia minta harga wak..pisang rere..
pokcikblogger berkata…
Kat sini, pisang popular dikalangan pencuri.. lambat pergi ambil tinggal pangkal tandan Aje..
Airene Erawan berkata…
pisang apa yang pokcik tanam tu? kalau belah utara, dorang selalu buat gulai daging batang pisang.. dah lama jugak la sis tak dapat makan gulai yang orang utara buat.. huhuhu..
pokcikblogger berkata…
Pokcik banyak tanam pisang kelat lega, kebatu dan nangka.. kat tempat pokcik ni dah lama pokcik tak jumpa orang buat gulai batang pisang

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..