Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

Suatu ketika dahulu Malam-malam Lepas Mengaji

Malam ini pokcik terasa penat sedikit, petang tadi pokcik berkejaran ke Setiu atas permintaan mokcik..  Lepas isya' sebentar tadi pokcik turun ke laman rumah. Cahaya suram bulan sabit dan bintik-bintik bintang nun jauh menemani bulan.. Malam-malam seperti ini buat pokcik termenung dan mengingati sesuatu yang masih segar dalam ingatan… sebuah kisah yang kecil, kisah diusia kanak-kanak puluhan tahun yang lalu yang membentuk pokcik pada masa kini.. Pada malam-malam begini, pokcik bersama sepupu dan rakan-rakan biasanya lepas Isyak kami selesai mengaji di rumah Tok Guru Haji Salleh, berjalan ramai-ramai pulang ke rumah masing-masing. Waktu tu tiada lampu jalan, jadi suasana malam memang gelap dan sunyi, ditambah bunyi cengkerik dan sesekali salakan anjing dari jauh. Kadang-kadang, kami berlumba siapa sampai simpang dulu, siapa berani jalan depan tanpa suluh, siapa paling lambat kena tinggal. Tapi biasalah, budak-budak kecil yang baru darjah satu dua ni, bila kami lari tinggal mereka j...

Latihan rumah sukan

Pagi tadi dari jam 8 sampai ke pukul 10, riuh rendah kawasan sekolah dengan gelak tawa, sorakan murid-murid dan guru. Latihan rumah sukan sedang berlangsung. Seperti biasa Pokcik turun padang sandang kamera sebelah bahu kanan cari momen momen menarik untuk dirakamkan.  Dah jadi macam kerja wajib Pokcik setiap kali ada majlis kerana minat Pokcik pada aktiviti merakam gambar. Setiap kali ada majlis dan acara sahabat sahabat pokcik akan lantik pokcik sebagai AJK dokumentasi dan jurufoto. Tak lantik nanti pokcik merajuk kata mereka. Pokcik ok jer Pokcik kongsi sekeping dua gambar latihan tadi.

Bila Adab Dah Hilang

Orang tua-tua dulu selalu pesan, "Jangan hanya pandai baca buku, tapi biar tahu baca rasa manusia." Pesan yang nampak ringkas, tapi berat maknanya. Dulu masa pokcik kecil, kalau lalu depan orang tua duduk bersila tepi jalan pun kita tunduk sikit kepala. Kalau tak ucap salam pun, senyum dan angguk hormat. Tapi sekarang, ramai anak muda bila lalu depan orang tua, mata pun tak pandang, telinga sumbat dengan fon telinga, mulut kunyah chewing gum. Bila adab dah hilang, dunia jadi bising. Bising dengan suara orang marah, suara orang tinggi-tinggi, suara yang tak reti hormat. Gambar janaan AI  Malangnya, kadang orang tua pun sama naik — marah cucu depan orang ramai, herdik anak tanpa timbang rasa. Semuanya sebab satu: adab dah tak dijaga. Orang dulu-dulu ajar adab macam kita jaga emas. Adab bila bercakap, bila makan, bila bertanya, bila berjalan, bila bergaul, bila pegang barang orang, bila masuk rumah orang. Adab bukan sekadar hormat, tapi cerminan hati. Kalau adab elok, insyaA...

Cerita Kedai Kopi #6 -Bila Anak-anak Dah Pandai Lawan Cikgu

Petang tadi, angin sepoi-sepoi bahasa, daun ketapang menari lembut atas kepala. Pokcik, Mat Rizal, Tok Awang, dengan Mail Towing macam biasa lepak depan kedai kopi Pak Ya. Pokcik seperti biasa Milo kosong, Teko kopi panas baru sampai untuk sahabat-sahabat pokcik sementara cekodok pisang tinggal empat ketul, sambil sembang tak sedar mulut laju. Gambar janaan AI  Mat Rizal mula cerita. “ Pokcik, kau dengar tak cerita budak sekolah tolak cikgu semalam? Sampai cikgu jatuh tersungkur. Cuma sebab cikgu tegur dia main telefon masa dalam kelas.” Pokcik letak cawan perlahan. Hirup sikit, lalu jawab, “Dulu kita, kalau cikgu tenung pun dah berderau darah kita… sekarang budak boleh tunjal kepala cikgu". Mail Towing geleng kepala. “ Yang paling lawaknya, bila cikgu tegur… mak bapak pulak datang sekolah marah cikgu. Siap buat laporan polis kononnya cikgu trauma kan anak dia.” Tok Awang pun masuk line. “ Mak bapak zaman sekarang ni pelik. Anak dia buat salah, dia bela macam nak perang dunia. Dul...

Letupan Kecil di Hujung Lot

Lepas selesai solat Asar tadi, pokcik ambil angin sekejap beranda depan rumah. Angin petang redup-redup, sakit gusi selepas cabut gigi tadi belum hilang sepenuhnya. Tengah-tengah duk melayan fikiran tiba-tiba telinga ni tertangkap bunyi letupan kecil , satu dua kali... macam ada benda meletup dari arah belakang rumah. “ Pokcik, bunyi macam rumah terbakar je tu, ” kata Mokcik. Serentak dia angkat muka pandang ke arah bunyi tu. “ Cuba tengok rumah siapa... ” Tak sempat fikir panjang, pokcik terus capai kain pelikat yang disangkut, selit bawah lengan dan berjalan laju ikut lorong tanah merah belakang rumah. Rumah tu kalau ikut kiraan, berselang enam lot dari rumah pokcik… dekat kawasan hujung kebun getah kecil. Sampai je dekat situ, Allahuakbar... mata terus nampak asap pekat menjulang dari bumbung rumah Aziz , bekas kakitangan kementerian kesihatan yang dah lama pencen. Api marak dari dapur belakang, dan ada letupan kecil lagi – mungkin dari asbestos atap atau tong gas dapur yang mu...

Gambar hari Rabu #89 - Betik Muda Goreng

  Dah siap untuk makan tengahari 

Betik Muda Goreng: Ilham Dari Blog Puan Hazel

Petang semalam masa Pokcik tengah baring-baring rehat sambil menahan gigi yang sakit,  Pokcik belek-belek blog rakan-rakan blogger. Tersinggah satu entri dari blog Puan Hazel — dia cerita pasal betik muda goreng . Ya Allah… gambar dia tu! Taklah sampai menitik air liur tapi... jujurnya Pokcik rasa terliur jugak. Tengok hirisan betik yang digoreng garing kekuningan, lepas tu tabur sikit garam halus, fuhh… terus teringat pokok betik belakang rumah Pokcik. Bukan satu, dua pokok tengah berbuah lebat. Ada yang baru sebesar lengan, ada yang sebesar betis dan ada jugak yang ngam-ngam untuk digoreng. Selama ni kalau yang muda, Pokcik buat rojak atau kerabu je, tapi tak pernah lagi try goreng macam Puan Hazel buat tu. Jadi, petang nanti Pokcik cadang nak ambil sebiji dua. Potong nipis-nipis, rendam air garam kejap, kemudian goreng garing. Kalau cukup sihat, nak cicah sambal kicap sikit — sambil minum teh o panas. Harapnya gusi Pokcik ni cepat benar surut bengkak, boleh la kunyah dengan ha...

Temujanji cabut gigi

Pagi ni Pokcik keluar awal sikit, hala ke Klinik Gigi Pasir Akar. Temujanji dengan doktor buat petang kelmarin. Sampai je klinik, macam biasa la prosedurnya — cek tekanan darah dulu, lepas tu kadar gula. Syukur, dua-dua okay. Bacaan tekanan darah 128/82, kira cantik la. Gula pulak 4.3, Alhamdulillah, tak naik walaupun malam tadi sempat pekena secawan Milo kosong dan empat biji donut. 😅. Lepas semua selesai, tunggu turn. Pokcik duduk termenung jap dalam klinik tu, tengok gelagat orang sekeliling. Ada budak kecil duk pegang pipi, ada orang tua sama baya duk urut rahang… masing-masing bawa kisah gigi masing-masing. alahai  doktor pun cabut gigi pokcik guna playar  Pokcik ni bukan berani sangat dengan cabut-mencabut ni. Tapi bila tengok doktor tadi hilang rasa sakit tu.. InshaAllah lepas ni harap takde dah gangguan dari gigi ni. Hidup pun rasa ringan sikit bila tak ada sakit yang mencucuk macam tu.

Malam Di Atas Jambatan simpang ke sawah padi

Ada satu malam yang masih lekat dalam ingatan Pokcik, malam yang tidak tercatat dalam buku sejarah, tapi hidup segar dalam hati yang tak pernah tua. Waktu itu, Pokcik budak kampung kurus yang hanya tahu main, bukan main dengan gajet atau lampu neon, tapi main dengan bintang, dengan angin, dan dengan irama gitar kayu murah. Kami duduk atas kepala jambatan lama – jambatan kecil yang menghubungkan lorong tanah merah ke hamparan sawah luas terbentang. Langit malam waktu tu tak ada lampu LED, tapi terang dengan cahaya bulan separuh penuh dan bintang-bintang yang berkelip seolah sedang dengar lagu kami. Suara gitar Pokcik petik perlahan… bukan macam konsert di kota, tapi macam bisikan jiwa kepada malam yang mengerti. Angin yang lalu menyisir rambut, membawa harum lumpur sawah, dan suara malam – bunyi katak, desiran dedaun, dan nafas kami yang sedang belajar erti damai. Kadang-kadang kawan menyanyi, kadang-kadang kami diam – tapi diam kami bukan kosong. Diam kami penuh cerita yang tak semp...

Tebu, tanam sekarang untuk puasa tahun depan

Petang tadi pokcik luangkan masa bersihkan kawasan yang pokcik tanam tebu. Pokcik sapu daun kering, buang rumput liar, dan perhati satu-satu pokok tebu yang pokcik tanam dulu. Sebenarnya, pokcik tanam tebu ni bukan terus untuk jual atau proses – tapi sebagai induk benih . Pokok-pokok yang tumbuh sekarang ni lah nanti pokcik akan ambik keratannya, jadi benih untuk kawasan tanaman tebu utama yang pokcik sediakan sebelahnya. Perancangan pokcik, in shaa Allah... kalau semua berjalan lancar, musim puasa tahun depan – tebu pokcik akan masuk pasaran. Target pokcik bukan banyak pun, cukup untuk jual segar sebagai air tebu. Pokcik tahu orang kampung memang cari air tebu sejuk masa berbuka, apatah lagi yang manis semulajadi dari kebun sendiri. Tanam tebu ni perlu sabar, tapi puas hati bila kita tengok dia naik subur. Pokcik doakan semuanya berhasil, dan mudah-mudahan tebu pokcik ni jadi rezeki tambahan di bulan Ramadan akan datang. Amin ya Rabb.

Sakit gigi tapi kenapa kepala pun sakit sama

Pokcik tengah sakit gigi ni, betul betul sakit sampai menitik airmata.. Tadi pokcik makan kuih dan sisa-sisa kecil kuih tu masuk dicelah-celah gigi geraham yang sakit tu Pukul 2.00 pokcik singgah klinik pergigian dalam perjalanan balik dari sekolah.. Jumpa doktor, lepas cek semua doktor kata kita buat pagi esok.. kita cabut terus.. pokcik ok jer daripada sakit berterusan.. Sakit gigi saja kan tapi kenapa kepala pun turut sakit ni. 🦷 Gigi dan kepala ‘berkait rapat’ Saraf gigi dan kepala bersambung Gigi kita ada saraf utama yang dipanggil saraf trigeminal . Saraf ni bercabang ke kawasan muka, gigi, rahang dan juga dahi serta kepala . Bila gigi sakit (terutamanya gigi geraham), signal sakit dihantar melalui saraf ni… dan kadang-kadang otak kita "keliru", dia rasa macam sakit datang dari kepala juga. Jangkitan atau keradangan boleh merebak Kalau gigi berlubang, bernanah atau ada abses (bisul di akar gigi), keradangan tu boleh naik ke bahagian sinus atau tulang muka — i...

Apa yang membuat Kedai kopi menjadi tempat penting dalam budaya kita?

Kedai kopi bukan sekadar tempat minum kopi—ia adalah nadi sosial dan budaya masyarakat kita ☕✨ Berikut beberapa sebab kenapa kedai kopi begitu penting dalam budaya Malaysia: 🏡 Tempat Berkumpul Komuniti - Kedai kopi jadi lokasi santai untuk berbual, bertukar cerita, dan berkongsi pendapat. - Dari petani, nelayan, hingga pesara—semua lapisan masyarakat berkumpul di sini. - Ia berfungsi seperti “parlimen kecil” kampung, tempat isu semasa dibincang secara santai. 📜 Warisan Tradisi - Kedai kopi desa telah wujud sejak sebelum penjajahan, beratapkan zink dan berdinding kayu. - Ia menjadi tempat berteduh selepas kerja di kebun atau sawah, sambil menikmati kopi dan kuih     tradisional. - Tradisi ini berkembang menjadi kopitiam moden, namun masih mengekalkan jiwa asalnya. 🎭 Simbol Identiti Budaya - Kopi kampung, kopi O, kopi tarik—semua mencerminkan kepelbagaian rasa dan budaya Malaysia. - Warung kopi menyatukan elemen Melayu, Cina, dan India dalam satu ruang santai. - Ia menja...

Jenis jenis hantu dan yang paling bahaya sekali

Pokcik ni bukan nak takut-takutkan, tapi nak kongsi cerita yang dah lama jadi sebahagian hidup orang kita. Zaman dulu, bila malam menjelma, pintu rumah ditutup rapat… bukan takut binatang, tapi takut “makhluk yang bukan-bukan” ni la. Mari Pokcik cerita sikit… Dalam masyarakat kita, budaya kita memang banyak hantu dan jenis jenis hantunya beragam.. pokcik kongsi sikit yang pokcik tahu:- 1. Hantu Raya Hantu ni dikatakan paling kuat antara semua. Biasanya dipelihara untuk jadi “pendua” tuannya – tolong buat kerja berat, jaga rumah, kebun, dan kadang-kadang dipakai untuk tujuan tak elok. Rupa: Besar, tinggi, boleh menyerupai manusia. Masalah: Kalau tuan tak bagi makan (biasanya darah), dia boleh mengamuk. 2. Toyol Makhluk kecik, bertubuh macam budak-budak, kepala botak hijau. Dipelihara untuk curi duit orang. Kisah popular: Kalau duit sering hilang sikit-sikit setiap malam, orang tua kata “toyol tengah buat kerja.” Penjaga dia: Biasanya letak dalam balang kaca, kena bagi susu...

Kadang Tak Tau Nak Komen Apa

Kadang-kadang Pokcik rajin juga blogwalking — jalan-jalan baca blog kawan-kawan blogger. Ada yang kongsi cerita harian, ada yang kongsi resepi, ada juga yang tulis puisi dan pengalaman travel. Bila baca… rasa seronok. Tapi bila nak komen… krik krik krik… tak tau nak tulis apa. Kena penyakit “nak komen tapi otak beku sekejap”. Ada tak sahabat blogger yang rasa macam ni jugak? Kadang rasa segan nak komen panjang-panjang. Takut pula komen kita tak kena gaya. Atau kita cuma nak bagi tanda kita dah baca, tapi tak mahu komen yang macam “spam semata-mata” . Pokcik rasa… tak salah pun kalau komen kita ringkas. Yang penting jujur. Ada beberapa ayat yang pokcik tengok rakan-rakan blogger biasa tulis yang pokcik rasa cukup bagus.. mungkin pokcik boleh gunakan nanti:- Contohnya: “Seronok baca entri ni, buat saya senyum.” “Terima kasih berkongsi. Tenang je rasa.” “Cantik sungguh gambar ni.” Kalau betul-betul buntu… letak emoji “😊👍”saja rasanya sudah cukup  ikhlas, tanda kita pernah hadir...

Meja Kerja #29 - Pulut Gaul Nyor, Ikan Pelata Kering

Pagi tadi sahabat pokcik cikgu Noriza ada bawa pulut yang banyak cadangnya nak jamu guru-guru untuk makan pagi dibilik guru.  Pokcik ambil sepinggan, tak terus makan sebab pokcik dah kenyang makan awal-awal lagi. Pokcik simpan untuk makan tengahari nanti Tiba-tiba… masa tengah duduk depan skrin komputer, mata dah mula layu tengok fail Excel tak siap. Haaa… masa tu la Pokcik keluarkan pulut tadi. Perlahan-lahan, satu suap demi satu suap, makan depan meja kerja sambil dengar kipas berbunyi dan dengar suara satu demi satu anak murid keluar untuk pulang tamatynya sesi pembelajaran hari ini... makan pulut mungkin buat pokcik makin mengantuk nanti Terima kasih cikgu Noriza. Pulut ni bukan setakat kenyangkan perut, tapi bagi semangat sikit nak sambung kerja tengahari.

Beledo pandan feveret pokcik

Tadi pagi, macam biasa Pokcik sampai awal sikit ke pejabat sekolah. Tengah duduk-duduk siapkan dokumen, tiba-tiba sahabat Pokcik datang hulur satu bekas kecil. “Pokcik, cuba rasa ni,” katanya sambil senyum. Bila Pokcik buka penutup, masyaAllah… beledo pandan! Beledo hijau yang licin berkilat tu memang buat hati terus jadi riang. Kalau orang tanya kuih apa paling Pokcik suka, memang inilah dia. Pokcik ambil bawa ke ruang makan belakang pejabat  Waktu tu suasana pejabat masih lengang. Cikgu-cikgu belum ramai yang sampai. Pokcik ambil sepotong, letak dalam mulut – lembut, wangi, sejuk dari peti, cukup rasa. Sambil makan, Pokcik senyum-senyum sendiri. Sahabat Pokcik gelak, katanya, “Bila makan beledo ni, Pokcik tak banyak cakap.” Ya lah, mana nak sempat cakap... lidah sibuk dengan rasa. 'beledo' tempat lain sebut lain..

Menu makan malam

Pokcik nak tanya… pernah tak makan malam lauk macam ni je? Takde lauk lain. Takde sup. Takde ayam masak merah. Cuma nasi panas, ikan cencaru yang digoreng garing dengan kunyit dan garam… dan sayur keladi yang direbus bersama bawang putih. Kalau kamu pernah makan macam ni… kita geng. Sebenarnya pokcik jarang makan malam..  petang tadi balik kebun pokcik penat, rasa lapar sangat.  Pergi belakang rumah ambil sepohon keladi minyak.. minta mokcik buat sayur air jer.. dah memadai buat alas perut malam ni.

Latihan Rumah Sukan Dah Mula

Pagi ni suasana sekolah dah lain macam sikit… dari awal pagi lagi, padang sekolah dah mula riuh dengan suara sorakan, arahan guru, dan semangat budak-budak bersukan.  Mana taknya, Kejohanan Sukan Tahunan SK Seri Payong bakal berlangsung pada 5 dan 6 Ogos nanti, jadi bermulalah sesi latihan rasmi untuk semua rumah sukan. Pokcik pun sempat duduk tepi padang sambil tengok gelagat anak-anak murid ni. Yang lelaki ada yang pakai songkok, masih semangat pakai baju rumah sukan warna biru – "Biru Kemah Keming" katanya! Yang perempuan pun tak kurang hebatnya, berlari, melompat, ikut acara masing-masing. Guru-guru pun turun padang sama… ada yang jadi jurulatih, ada yang jadi hakim, dan ada yang bagi semangat kat anak-anak murid.  Pokcik sempat perhati acara lompat tinggi pagi ni. Serius, budak-budak ni walau kecil lagi, tapi semangat dia besar. Ada yang tak lepas palang pun, tapi tak putus asa. Bangun, cuba lagi. Dari jauh, rumah sukan lain pun dah mula gerak — Merah, Hijau, Kuning semu...

Menu Kari Kepala Ikan Kantin Sekolah

Rehat tadi pokcik pergi kantin sekolah, hajat hati nak minum teh je. Tapi bila sampai je dekat pintu kantin, bau kari dah semerbak satu ruang. Pokcik hidu-hidu… eh, ni bau kari kepala ikan ni. Kak Wan, pengusaha kantin, tengah sibuk cedok lauk. “Hari ni kita masak kari kepala ikan Pokcik, ada orang tempah awal tadi,” katanya sambil senyum. Pokcik pun senyum balik. Dalam hati dah mula rasa lapar. Tak lama lepas tu, Ustaz Wadi datang duduk sebelah pokcik. Dia pandang meja lauk dan cakap, “Sedap bau… kepala ikan ke tu?” “Haah ustaz, ni lauk bahaya ni. Boleh buat lupa janji diet,” balas pokcik. Kami dua-dua ketawa kecil. Pokcik pun ambil pinggan, letak nasi sikit, curah kuah kari. Tak ambil kepala pun ambil isi yang tengah badan, kuah dan bendi pun dah cukup  Cikgu Rosmawati lalu belakang kami bawa pinggan penuh kepala ikan jenahak, katanya ditempah untuk pegawai pemantau dari PPD. Besar sungguh kepalanya, kuah pun nampak pekat. “Masak macam ni, ingat mak kat kampung…” dia cakap sambil...

Musim Panas & Jerebu Lagi…

Pagi tadi Pokcik keluar nak sekolah seperti biasa. Pokcik perasan cuaca macam berkabus… rupanya jerebu. Sampai sekolah buka telefon, tengok MET Malaysia pun dah keluarkan amaran jerebu untuk beberapa kawasan.  Cuaca sekarang dibeberapa tempat di Malaysia ni memang panas terik, ditambah pula dengan jerebu. Jadi Pokcik nak ingatkan untuk diri pokcik dan sahabat – bukan apa, demi kesihatan kita semua: ✅ Kalau tak ada urusan penting, elakkan keluar rumah. Cuaca panas dan udara tak bersih mudah buat badan letih. ✅ Minum air kosong banyak-banyak. Badan kita perlukan air yang cukup untuk lawan cuaca panas. ✅ Kalau perlu keluar, jangan lupa pakai pelitup muka. Jerebu ni bahaya, habuk halus boleh masuk paru-paru. ✅ Rehat secukupnya, dan jaga makan. Bila cuaca tak menentu ni, badan cepat lemah kalau tak cukup tenaga.

Malam di Kampung Laut

Ada malam-malam yang tak perlukan suara, tak perlukan muzik, tak perlukan sesiapa. Cukuplah bulan penuh di langit, bot lama yang terdampar lesu di hujung air, dan pohon kelapa yang bergoyang perlahan dibuai angin. Semuanya berbicara dalam bahasa yang hanya hati yang tenang mampu faham. Dalam keheningan itu, bulan memantulkan cahaya ke permukaan air — biasannya macam mimpi yang belum ditafsir. Suasana berkabut nipis, rumah-rumah kayu di atas air memancarkan cahaya kuning malap dari celah jendela. Setiap butiran malam seolah menyimpan cerita, rahsia, dan mungkin juga kenangan yang tidak mahu dilupakan. Tempat seperti ini mengajarkan manusia untuk diam. Untuk mendengar semula suara alam, dan dalam diam itu — mungkin ada yang mula mendengar suara sendiri, suara hati yang lama terbiar sunyi. Kadang-kadang, ketenangan sebenar bukan datang dari jauh... tapi dari satu sudut dunia yang masih setia pada kesederhanaan dan kejujuran alam.

Santai hari Sabtu

Hari ni Pokcik tak turun ke kebun. Pagi-pagi lagi dah siap elok-elok — baju bergosok, minyak atar sikit kat leher, kasut pun bersih berkilat. Mokcik pun pelik tengok Pokcik wangi semacam. Dia tanya nak ke mana, Pokcik jawab, "Nak gi mesyuarat agung perwakilan UMNO bahagian Besut." Bukan main semangat nampak gaya, padahal Pokcik cuma hadir sekejap… cukup syarat, tunjuk muka, ambik gambar dua tiga keping, terus balik. Orang kata tunjuk komitmen. Hehe. Sampai je rumah, belum sempat tukar baju, mokcik pula ajak ke Pantai Bukit Keluang. Katanya bosan duduk rumah, asyik hadap dinding. Nak juga tengok laut, rasa angin. Pokcik pun ikut sajalah… bawa sekali cucu dan menantu yang tengah berpantang. Kesian juga mereka, terkurung je sejak balik kampung. Sampai pantai, redup elok. Angin lembut tiup rambut cucu, menantu pun nampak lega dapat hirup udara segar.  Line internet kat kampung masih lagi tenggelam timbul.

Line Internet Kampung Hilang Sehari Suntuk

Dari pukul 12 tengah hari tadi sampai ke pukul 10 malam ni… baru la elok semula line internet kampung ni. Lama betul tersekat. Pokcik pun rasa susah hati, sebab banyak kerja Pokcik sekarang ni memang guna internet. Tadi mula-mula ingat line slow sebab cuaca mendung. Tapi bila sampai sejam dua tak naik-naik, mesej pun tak boleh hantar, baru rasa lain macam. Nak post blog, nak blogwalking nak tengok sahabat sahabat blogger, nak balas komen sahabat-sahabat dalam group pun tak boleh. Sunyi betul telefon tu. Petang tadi, Pokcik ambik angin kejap tepi kebun. Tenung langit, tengok pokok-pokok sayur yang dah mula tumbuh subur. Terfikir juga, masa dulu-dulu tak ada internet pun kita boleh hidup, boleh kerja, boleh cari rezeki. Tapi sekarang bila dah biasa guna internet, bila tak ada… kerja pun jadi sangkut. Mujurlah kerja tangan macam cabut sawi dan cangkul batas masih boleh buat. Dapat juga isi masa walaupun hati ni asyik jeling telefon tengok line. Sekarang alhamdulillah, line dah ada semula....

Sawi muda, segar dari kebun

Pagi tadi, mokcik minta tolong cabut beberapa pokok sawi dekat belakang rumah. Katanya nak masak sayur bening untuk menantu. Pokcik pun turun ke kebun. Pokok sawi tu belum matang sangat, masih muda lagi tapi dah cukup elok – daunnya hijau segar, batang pun dah keras sikit. Sesuai benar kalau nak buat lauk berkuah ringan macam sayur bening. Ini kali kedua Pokcik cabut sawi ni. Pokcik cabut beberapa pokok, bersihkan tanah sikit, dan bawa naik ke dapur. Mokcik terus bersihkan, hiris bawang merah dan rebus dengan air. Simple je untuk orang berpantang tapi cukup sedap.

Pulut Tanpa Durian di Bilik Santapan Aminah

Pukul 10 tadi, masa loceng rehat bunyi... sahabat Pokcik ajak ke bilik santapan Aminah. Katanya ada pulut durian. Pokcik ni bukan jenis yang tak makan durian.. makan tetap makan tapi biasanya dua ulas saja dalam satu hidangan pulut. Pagi tadi pokcik makan ubat penahan sakit.. sakit gigi masih belum hilang.. jadi tak berani lah nak makan durian.. Tapi bila orang jemput makan, takkan nak tolak bulat-bulat. Rezeki jangan ditolak, kan? Sampai saja di bilik santapan, beberapa orang guru dah siap makan. Bau durian dah naik menyelinap ke dinding dan langsir. Pokcik senyum je, buat-buat biasa. Tangan ni tak capai durian langsung, tapi Pokcik ambil juga sepinggan pulut. Letak sikit santan lemak, curah gula Melaka yang dihiris halus— yang orang kampung pokcik panggil nisan kerek. Lembutnya pulut, manis lemak bersantan, rasa karamel dari nisan kerek — fuhhh... sedap sungguh walaupun tanpa durian. Pokcik makan perlahan-lahan sambil sembang-sembang dengan Cikgu Shukri dan Cikgu Marry yang duduk se...