Langkau ke kandungan utama

Aktiviti kebun petang tadi

Petang seperti biasa, lepas asar pokcik ke kebun belakang rumah.. kebun yang jarak jauh sikit dari rumah pokcik hanya pergi hari jumaat dan sabtu.

Petang ini hanya lihat lihat tanaman yang telah ditanam 


Pokok sawi pun dah tak banyak yang tinggal.  Biasa kutip buat sayur bening untuk menantu dalam pantang.


Kacang panjang pun dah di penghujung kutipan dah tak banyak keluarkan hasil.


Biji sawi pun dah mula bercambah.. lepas ni nanti pokcik kena siapkan tempat untuk mengalih anak dia pula. 


Biji betik yang campak hari tu mula bertunas.. nampak gayanya kena buka tempat yang lebih luas lagi.. banyak lagi ruang kosong tanah pokcik.. ada dalam suku ekar lagi yang perlu diusahakan.


Keratan tebu yang pokcik tanam hari tu pun dah mula mengeluarkan tunas.. seminggu dua ni hujan.. jadi mudahlah pokok tumbuh .

Petang tadi juga sempat pokcik tanam satu guni keratan tebu (dua baris) in Sha Allah semoga menjadi rezeki pokcik.


Ulasan

Etuza berkata…
Kebun nya luas wak..seronok tengok..alhamdulillah tanah dapat diusahakan juga ya
adnil linda berkata…
Berbaloi berbudi pada tanah..sayur pun tak payah beli, silap² boleh jual dengan orang juga..hihihi
Puan Hazel berkata…
Bestnya ada tanah utk bercucuk tanam... boleh tuai hasil dan keluarkan peluh juga tu pokcik kan
Airene Erawan berkata…
semoga berhasil tanaman pokcik tu nanti ye.. InsyaAllah.. ^^
Suria Amanda berkata…
Banyak bahagian tanah boleh tanam macam- macam..seronok..