Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68

Pagi tadi Pokcik turun ke Kampung Padang Baloh untuk merakam gambar perarakan kemerdekaan anjuran anak-anak belia kampung.  Uniknya sambutan kali ni bukan di jalan besar atau dataran, tapi di tengah suasana kampung yang tenang, keliling sawah padi yang menghijau.  Langit biru, matahari pagi menyinar lembut, dan deretan bendera kecil berkibar megah di tangan anak-anak. Seronok tengok wajah ceria mereka. Ada yang berlari sambil melambai Jalur Gemilang, ada yang bersungguh pegang tiang bendera besar walau hampir sama tinggi dengan badan sendiri.  Senyuman mereka penuh semangat, suara mereka memecah sunyi pagi dengan jeritan “Merdeka!”. Semua tu membuatkan suasana kampung terasa hidup, meriah dengan warna merah, biru, dan kuning berkibar-kibar ditiup angin sawah. Perarakan ringkas ini mungkin kecil, tapi nilainya besar. Ia tanda cinta anak-anak kampung pada negara, tanda belia kampung kita masih ada jiwa untuk meraikan kemerdekaan dengan cara yang dekat di hati.  Pokcik ...

Petang Manis Dengan Ai-CHA

Tengah hari tadi Pokcik singgah Ai-CHA, kedai aiskrim yang baru sebulan dua ni beroperasi kat tempat pokcik. Masuk je pintu, fuhh… penuh orang. Ramai betul yang beratur... ada mak ayah bawak anak kecil. Suasana meriah, bunyi mesin blender berdesing, bau aiskrim manis semerbak satu kedai. Pokcik beratur sambil tengok gelagat orang. Ada satu keluarga ni, anak kecil sorang tu dah mula meragam sebab aiskrim lambat sampai. Mula-mula dia mencebik je, lepas tu mula bunyi rengek halus. Mak dia duk pujuk, ayah dia senyum-senyum je. Orang sekeliling pun senyum tengok — biasalah budak, nampak gambar aiskrim comel kat menu, mana boleh sabar. Sampai giliran Pokcik, terus borong tiga bekas Ai-Shake : dua blueberry , satu strawberi . Bila sedut sekali, fuhhh… sejuk berkrim, pekat rasa buah. Hilang terus rasa penat kerja kebun tadi. Kadang-kadang benda kecik macam ni pun boleh buat hati senang. Duduk hirup perlahan, tengok orang keluar masuk kedai, dengar budak-budak ketawa… rasa hidup ni indah. 

Aktiviti Petang – Alih Anak Sawi

Petang ni Pokcik habiskan masa kat kebun. Kerja utama – alihkan anak sawi dari batas semaian ke batas tanaman. Bukan main banyak juga, jongkok lama-lama sambil cabut satu-satu, tanam balik bagi tersusun. Bunyi macam kerja senang, tapi hakikatnya penat juga. Nyakul tanah tu memang buat pinggang terasa, peluh pun keluar macam mandi. Nasib baik angin petang ada jugak menyejukkan sikit. Walau letih, bila tengok barisan anak sawi yang dah siap tersusun tu, lega rasanya. Tinggal tunggu masa nak tengok dia besar elok hijau. Harap-harap jadi rezeki untuk makan sendiri dan kongsi dengan orang kampung nanti.

Aktiviti dikebun pisang

Pagi ni, selepas matahari mula naik segan-segan di ufuk timur, Pokcik turun ke kebun pisang. Angin pagi masih sejuk, bau tanah basah dari sisa hujan semalam terasa nyaman sekali. Rumput-rumput liar sudah panjang, mula menutup batas dan pangkal pokok. Jadi, kerja utama hari ni ialah potong rumput. Bunyi mesin berdesing, berselang dengan kicau burung yang riuh memeriahkan suasana.  Sesekali peluh yang menitik di dahi disapu dengan tangan, sambil pandang pokok pisang.. Pisang ini perlu dipulihkan kembali.. anak-anak pisang harus dialihkan ke tempat lain.. perlu diasingkan dari perdu yang telah tua untuk dapat hasil yang lebih baik. Mesin rumput diletak ke tepi, peluh pun dah lencun. Duduk sekejap, tarik nafas panjang, hirup udara segar sambil pandang kebun yang terbuka luas di depan mata. Inilah nikmat kerja kebun yang tak semua orang dapat rasa. Penatnya memang ada, tapi puasnya lebih besar. Pokok-pokok pisang nampak lebih selesa, seolah-olah berterima kasih kerana tempat mereka kemb...

Hujan malam di warung burger

Dalam perjalanan balik dari  bandar Jerteh tadi Pokcik singgah warung burger tepi jalan, niatnya cuma nak tapau balik makan. Baru saja order, tiba-tiba datang ribut. Angin kencang tolak tirai plastik kiri kanan, bunyinya berkepuk-kepuk. Bau asap daging terbakar bercampur dengan bau hujan yang masuk bersama angin. Yang tunggu burger sama-sama jadi serba salah. Ada yang cepat-cepat tarik kerusi rapat ke dinding warung. Ada budak kecil peluk mak dia sambil merengek takut dengar bunyi angin. Ada yang senyum-senyum tahan basah, baju dah kena tempias. Semua orang diam sekejap, hanya bunyi hujan hentak zink dan si penjual burger masih tekun membalikkan daging atas dapur panas. Perasaan masa tu bercampur-baur... basah, sejuk, tapi ada juga rasa lega sebab masih dapat berteduh. Sesekali ada yang berseloroh, “Hujan rahmat ni bang, burger mesti sedap lebih sikit malam ni .” Semua pun ketawa kecil, hilang sekejap rasa gelisah. Bila bungkusan burger panas dah sampai ke tangan, ada rasa puas. ...

Biskut Tawar Jagung Cicah Teh O Panas

Pagi ni, Pokcik tak sempat singgah beli nasi macam biasa. Terus saja ke sekolah sebab ada urusan awal. Bila duduk di pejabat, buka laci. Nasib baik ada lagi stok biskut tawar jagung yang Pokcik simpan minggu lepas. Haa… lega hati. Cukup lah buat pengalas perut buat sementara di pagi ini. Hati ini tak pula berkeinginan untuk ke kantin sekolah Pokcik ambil cawan, bancuh teh panas, cicah biskut jagung tu perlahan-lahan. Walaupun ringkas, tetap terasa nikmatnya. Rangup masa mula-mula, bila kena air teh lembut masuk tekak. Sambil kunyah, mata meliar tengok fail menimbun atas meja. Fuhh… nampak gaya, sarapan hari ni memang ditemani kerja-kerja sekolah juga. Kadang-kadang kita tak sedar, benda paling sederhana macam ni lah yang selalu jadi penyelamat pagi. Kalau nak tunggu sarapan mewah, entah bila sempatnya. Tapi dengan biskut tawar jagung cicah teh 'o' panas, perut terisi, kepala pun ringan sikit nak mula tugas. Pokcik teringat masa zaman sekolah dulu, guru-guru lama pun selalu ad...

Yang Indah Dalam Hidup

Kadang-kadang kita selalu fikir indah itu mesti pada benda besar, rumah yang gah, kereta yang berkilat atau nama yang orang kenal di mana-mana. Tapi bila duduk sejenak, renung balik sebenarnya yang paling indah itu sering kita jumpa dalam benda kecil sehari-hari. Pernah tak, masa berjalan di bandar, mata terpandang cahaya matahari senja yang memantul di bangunan kaca? Orang lalu lalang dengan sibuknya, tapi di celah hiruk-pikuk itu ada seketika rasa damai. Indahnya begitu. Atau waktu duduk di taman perumahan, ada budak-budak main bola, jerit tawa mereka berterbangan macam lagu riang. Ada pula seorang pakcik duduk termenung di bangku, tenang saja wajahnya, macam dunia tak mampu ganggu saat itu. Indahnya di situ. Kadang indah itu sesederhana duduk di warung tepi jalan, hirup teh tarik panas bersama kawan lama. Bual pun bukan hal besar, cuma tanya khabar, cerita kisah lama. Tapi masa seolah berhenti, kenangan lama datang kembali. Indah betul rasa begitu. Dan di hujung hari, bila malam ...

Kayuh Spinning Bike, Jaga Kesihatan Badan Kita

Pernah tak tengok orang kayuh basikal dalam rumah saja? Haa… itulah dia spinning bike . Nampak macam biasa, tapi kalau rajin kayuh, banyak sungguh manfaatnya untuk kesihatan diri. Pokcik kalau balik kerja, badan rasa letih, kepala pun serabut. Kadang nak jogging malas, nak keluar berbasikal pula takut hujan turun atau jalan sibuk dengan kereta. Jadi bila ada spinning bike ni, senanglah. Kayuh dalam rumah saja, tak perlu risau panas atau anjing kejar. Waktu yang pokcik biasa kayuh ialah pada pukul 9 malam.. masa ni pokcik betul-betul free masa. Manfaat dia bukan kecil-kecil, antara yang Pokcik rasa: Nafas jadi lebih panjang, jantung pun rasa segar. Berat badan boleh terkawal, peluh keluar macam mandi. Kaki, betis, paha semua rasa makin kuat. Paling Pokcik suka, stres hilang. Kayuh sambil pasang lagu 80an... 90an atau sambil-sambil tengok Netflix. Lagi satu, spinning bike ni mesra lutut. Kalau kita lari, hentakan tu sakit juga kat sendi. Tapi bila kayuh, gerakan dia lembut saja. ...

Cerita Kedai Kopi #11 - Petai Jeruk

Pagi tadi di kedai kopi, meja Pokcik jadi gamat bila seorang kawan buka bekas kecik berisi petai jeruk. Bau dia semerbak satu meja, sampai tuan kedai pun jeling dari jauh. Mat Rizal terus tepuk meja, “Haishh… ini lauk nombor satu weh! Dengan nasi panas, cicah sambal belacan… boleh tambah dua pinggan! Tok Awang bersilang tangan, buat muka serius, “Aku tengok pun dah kenyang. Bau dia cukup dah, tak payah rasa.” Mail Towing geleng kepala sambil ketawa kecil, “Kalau sarapan dengan petai jeruk, alamatnya satu opis nanti kecoh bau mulut. Aku sanggup minum Milo kosong je lah.” Pokcik senyum tenang je, hirup Milo perlahan, “Lain orang lain selera. Ada yang tengok bau dia lari, ada pulak yang jadi bertambah makan.” Pernah kamu sarapan dengan petai jeruk? 🌶️😁

Ziarah sepupu meninggal dunia

Awal pagi tadi pokcik terima satu perkhabaran duka, sepupu pokcik yang tinggal di Kerteh 2 telah kembali ke rahmatullah. Adik dan emak pokcik sempat bertolak awal pagi untuk menziarahi dan menghadiri pengebumian kerana katanya jenazah akan dikebumikan sekitar jam 10 pagi. Pokcik pula terikat dengan urusan penting di PPD, jadi agak lewat sedikit untuk ke sana. Dalam lebih kurang jam 12 tengahari, pokcik bersama mokcik, anak nombor dua, menantu dan cucu, baru berangkat menuju ke Kerteh. Jarak perjalanan hampir tiga jam. Walaupun tak sempat menatap jenazah buat kali terakhir, yang lebih penting bagi pokcik ialah kita tetap hadir, menunjukkan kebersamaan sebagai sebuah keluarga. Selesai urusan di sana, kira-kira pukul lima setengah petang pokcik bertolak balik. Kali ini berkonvoi pula dengan sepupu (adik kepada arwah) beserta keluarganya.  Dalam perjalanan, kami singgah di Kuala Berang untuk makan-makan, sambil lepaskan penat. Kemudian kami teruskan perjalanan ke rumah anak sepupu po...

Mencari ikan sangkar

Petang ni pokcik cuti dulu dari kerja kebun. Rasa nak rehatkan badan, bawa mokcik dengan menantu yang masih dalam pantang ronda-ronda cari angin. Tak jauh mana pun, pokcik bawa ke Tasik Telabak. Cuaca redup, angin pun lembut meniup. Dari tebing tu nampak air tasik berkilat macam cermin, pantulan cahaya matahari petang memang cantik sungguh. Sedang leka pandang suasana, ternampak sahabat pokcik di tengah tasik, sibuk tabur dedak bagi ikan ternakan dalam sangkar. Pokcik angkat tangan lambai, dia nampak lalu terus balas balik lambaian. Pada asalnya memang ada niat nak ambil sampan kayuh pergi dekat, tapi bila tengok sampan tu diikat dengan rantai besi, terpaksalah pokcik tunggu kat darat aje. Tak lama lepas tu, sahabat pokcik kayuh sampan bersama anaknya, terus ke arah kami. Bila dia sampai, pokcik sapa, " Pokcik nak beli lah barang seekor dua ikan mu tu, boleh buat lauk makan malam."  Dia gelak kecil, sambil jawab, " Ikan ni kecik lagi cik, baru mula bela semula selepas la...

Rezeki Ubi Tonyoh

Pagi tadi, guru Pusat Sumber sekolah datang kat Pokcik, bawa satu bekas. Dia tak cakap apa, terus tunjuk je bekas tu. Pokcik pun tanya la, “ Ha… apa bendanya tu?” Dia senyum kata, “Ubi yang Pokcik bagi hari tu…” Bila buka tudung bekas tu, Alhamdulillah… terhidang depan mata ubi tonyoh. Haa, bukan main cantik rupanya, dengan bau kelapa parut yang masih segar. Pokcik rasa sikit… Ya Allah, sedap betul! Ubi lembut, ada rasa manis-manis, ditambah pulak lemak kelapa muda tu, cukup terasa di lidah. Sampai Pokcik tersandar kejap, senyum sorang-sorang. Inilah orang kata, rezeki berputar. Hari tu Pokcik bagi ubi, hari ni ubi tu datang balik dalam bentuk kuih. Lagi sedap pulak tu. Kadang benda kecil je kita kongsi, tapi balasannya besar maknanya. " Kalau anda, menu ubi kampung apa yang paling anda suka?

Meja kerja #30 - Mee Rojak

Tadi pagi, sebelum sampai sekolah, Pokcik sempat singgah sekejap di warung Syurga Dessert . Terus teringat mee rojak dia yang memang sedap. Beli sebekas bawa ke sekolah, letak atas meja kerja. Meja kerja Pokcik ni kalau ikut biasa penuh dengan buku, fail dan kertas. Hari ni ada ‘peneman’ istimewa – mee rojak. Nampak simple, tapi rasa bahagia. Kadang benda kecik macam ni lah yang buat pagi jadi lebih ceria.

Anak pisang jadi rezeki

Pagi ini, Pokcik betul-betul menguji tenaga sendiri. Bayangkan, hampir 100 anak pokok pisang Pokcik cungkil satu persatu. Ada yang mudah, sekali tikam umbi dengan cangkul terus longgar… tapi ada juga yang jenis keras kepala. Umbi besar melekat dalam tanah, situ lah kena guna tenaga lebih. Tangan menggenggam cangkul, peluh pun sudah turun macam air hujan. Kadang-kadang bila jumpa yang liat tu, rasa macam nak patah pinggang.  Akhirnya, bila berjaya cungkil juga, rasa puas hati. Walaupun pinggang ada rasa sengal sikit-sikit, tapi hati lega tengok hasilnya terkumpul jadi satu longgokan anak pokok. Alhamdulillah, sahabat Pokcik sudah pesan nak beli, RM1.50 sepokok. Bila kira-kira semula, dapatlah juga duit belanja untuk beli ikan dan ayam buat lauk petang nanti. Seronok juga bila penat lelah kebun boleh bertukar jadi rezeki yang nyata. Inilah kerja kebun, tak boleh kira ringan atau berat. Semua ada cabaran, semua ada peluhnya. Tapi bila fikir nanti anak pokok pisang ini akan tumbuh su...

Anak Sawi Dah Mula Membesar 🌱

Pagi tadi Pokcik turun ke kebun tengok-tengok anak sawi yang baru seminggu lebih ditabur hari tu. Alhamdulillah, elok hijau segar tumbuh rapat-rapat atas batas. Hati ni rasa lega bila nampak tanaman menjadi, hilang penat lelah cangkul tanah hari tu. Kalau ikut kiraannya, dalam seminggu lagi anak sawi ni dah cukup kuat untuk Pokcik alih ke batas lain. Biar dia dapat ruang luas sikit, senang akar bernafas dan pokok pun cepat besar.  Tanam sayur ni kena rajin siram, rajin buang rumput keliling dia. Barulah hasilnya puas hati. InsyaAllah kalau tak ada halangan, dua tiga minggu lepas pindah nanti, bolehlah mula petik daun muda buat goreng dengan bawang putih. Perghh, bau harum semerbak! Macam tulah hidup di kebun, setiap hari ada benda baru nak ditengok, ada rezeki Allah nak bagi. Dari tanah, kita belajar sabar. Dari pokok, kita belajar usaha. Dan dari hasilnya nanti, kita belajar erti syukur. — Pokcik di kebun 🌿

Merdeka dalam Lakaran Kanak-Kanak

Pagi tadi suasana dalam kelas jadi lain macam sikit. Bukan sebab ada ujian mengejut atau cikgu marah-marah, tapi sebab budak-budak seronok dengan pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan. Meja yang biasanya penuh dengan buku teks kali ni bertukar jadi penuh dengan pensel warna, krayon, dan bekas alat tulis. Masing-masing tekun, tunduk dengan kertas lukisan depan mata. Ada yang pegang pensel warna macam nak pecah, ada yang teliti betul-betul ikut garisan. Yang paling menarik, gambar yang mereka warnakan bukan sebarang gambar, ada bendera Jalur Gemilang, ada wajah rakyat Malaysia pelbagai kaum, dan kata-kata semangat “Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-68”. Nampak kecil, tapi dalamnya besar melalui warna-warna yang mereka pilih, terserlah semangat cinta negara yang mula bercambah sejak bangku sekolah rendah lagi. Bila bendera dicorakkan dengan merah, putih, biru, dan kuning, seakan-akan ada rasa bangga dalam hati mereka walaupun masih kecil. Pokcik perhati ada seorang budak ni, t...

Gambar Karnival Bahasa Melayu

Semalam pokcik agak penat sikit. Rancangnya pokcik nak buat entri ni semalam tapi disebabkan kepenatan dan line Umobile kat rumah pkcik slow jaadi terpaksalah dijadikan entri pagi ini... Puncanya mungkin disebabkan dah dua petang pokcik cabut ubi kayu menyebabkan urat perut pokcik jadi tegang. Setiap kali batuk akan  merasa kesan kesakitan... Pokcik sapu minyak panas dan urut sendiri bagi memberikan sedikit kelegaan.  Jadi pagi ni pokcik kongsikan sekeping dua gambar peristiwa hari kelmarin.. Karnival Bahasa Melayu Zon Hulu Besut, Terengganu