Langkau ke kandungan utama

Cuti hari ini- Urusan ambil anak

Hari ini pokcik cuti. Cuti kerana nak pergi ambil anak perempuan bongsu yang tamat sesi pengajian di kolej matrikulasi Gambang. Alhamdulillah, satu lagi fasa hidup anak selesai. Cepat sungguh masa berjalan. Rasa macam baru semalam hantar dia daftar masuk kolej.

Pagi tadi pukul 8.30 pagi pokcik bertolak dari rumah. Awal-awal lagi jalan sudah mula sibuk. Biasalah bila perjalanan jauh ni, pokcik lebih suka bawa kereta santai-santai. Tak mahu kelam kabut. Dalam perjalanan tu macam-macam pokcik fikir. Tentang anak-anak… tentang masa yang terlalu cepat meninggalkan kita.

Dulu masa mula-mula hantar dia masuk matrikulasi Gambang, hati pokcik ni bercampur-baur juga. Anak perempuan pula tu. Bila sampai kolej, tengok ramai ibu ayah lain pun sama. Ada yang senyum, ada yang sembunyi sedih.  Masa tu Pokcik menginap kat hotel. Pokcik order ayam Gepuk AG sebagai makanan malam tu kat hotel. Ada pokcik cerita tentang peristiwa tu kat sini dulu.

Hari ini, selepas selesai ambil anak di kolej, pokcik singgah di kedai Ayam Gepuk AG Gambang.. nak ambil rasa. Entah kenapa rasa macam satu pusingan hidup lengkap semula. Dulu makan dengan rasa berat hati tinggalkan anak di kolej… hari ini makan dengan rasa syukur sebab anak sudah tamat pengajian.

Sampai sahaja di Gambang tadi sekitar pukul 1 tengah hari. Cuaca redup sedikit tapi hati pokcik tenang tengok anak sudah selesai urusan belajar dia. Dalam kereta masa perjalanan balik, banyak juga kami sembang. Tentang pengalaman duduk asrama, tentang kawan-kawan, tentang makanan kolej yang kadang sedap kadang “survival”. Pokcik pula lebih banyak dengar sambil sesekali menyampuk.

Perjalanan balik ke Jerteh agak panjang juga. Badan memang terasa letih, tapi bila anak ada sebelah, rasa penat tu kurang sikit. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Jerteh sekitar pukul 6 petang.

Begitulah hidup sebagai ibu ayah ni agaknya. Dari menghantar… kemudian menunggu… akhirnya datang semula menjemput anak pulang dengan satu kejayaan kecil dalam hidup mereka. Walaupun bukan majlis besar atau konvokesyen mewah, bagi pokcik ini tetap satu kebanggaan.

Kadang-kadang kebahagiaan hidup ni bukan benda besar pun.

Sekadar perjalanan jauh ambil anak pulang… singgah makan ayam gepuk… dan dapat tengok anak senyum dalam kereta sepanjang perjalanan balik pun sudah cukup buat hati seorang ayah rasa penuh.

Ulasan

Aynora berkata…
Samalah dgn saya semalam, kami amik anak bujang di Kolej Matrikulasi Johor. Semoga anak² menjadi mukmin yg berjaya dan trus maju ke depan. Aamiin
Puan Hazel berkata…
Alhamdulillah. Selamat maju jaya utk anakanda
Etuza berkata…
Semoga anak maju jaya ya wak..pasti berjaya ..jumpa ayam gepuk kat sini..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...