Langkau ke kandungan utama

Petang di Kebun: Ubi Kayu dan Kuih Poli Ubi

Petang tadi sahabat sekampung datang menjenguk ke kebun. Dia terus ke batas belakang, tempat pokcik tanam ubi kayu. Katanya nak cabut sikit ubi tu, teringin nak buat kuih poli ubi untuk makan dengan keluarga.

Pokcik senyum saja. “Ambik la, makan ramai-ramai,” kata pokcik. Benda tanam ni memang untuk kongsi rezeki. Kalau siap kuih nanti, pokcik pesan kat dia, “Bagi lah pokcik sebekas, nak rasa juga.”

Seronok tengok dia cabut satu-satu pokok ubi, tanah masih basah melekat di akar panjang. Pokcik cabut sendiri dapat satu guni untuk bawa ke sekolah esok sebab ada sahabat yang berkehendak ubi.

Rasa puas hati tengok hasil tangan sendiri jadi rezeki orang. Hidup di kampung ni begitulah—tanam untuk makan, ada ketikanya kita jual dan ada ketikanya kita kongsi. Nikmatnya bukan saja pada rasa ubi atau kuih nanti, tapi pada silaturahim yang makin erat dengan orang sekeliling.

Ulasan

Etuza berkata…
Alhamdulillah berbudi kepada tanah..hasilnya baik..rezeki banyak tu wak..
Ana Jingga berkata…
nanti update pokcik mana rupa kuih poli ubi tu, nak tengok sebab 1st time dengar nama kuih ni :)
Lydia berkata…
alhamdulillah. rezeki berbudi dengan tanah dapat dikongsi dengan rakan . kuih poli ubi tu macam mana? tak pernah rasa lagi
Puan Hazel berkata…
Begitulah niatnya, berkongsi rezeki. Kuih poli ubi tu macamana rupanya Pokcik? Tak pernah dengar
Warisan Petani berkata…
Alhamdulillah, rejeki dikongsi bersama.

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...