Langkau ke kandungan utama

Cabut sawi untuk dijual

Pagi Semalam, Pokcik turun awal ke kebun, udara pun masih sejuk embun melekat di hujung daun. Hati rasa lapang bila tengok pokok-pokok sawi yang hijau segar berdiri elok dalam batas. Alhamdulillah, rezeki tanah ni memang tak pernah menghampakan kalau kita rajin menjaganya. 

Pokcik cabut lebih kurang 4 kilogram sawi. Daun lebar, batang putih gemuk, elok sangat untuk dibuat sayur goreng atau campur dalam mee sup. Lepas ikat-ikat sikit, Pokcik bawa ke kedai sayur kampung. Dah janji dengan tuan empunya kedai yang sawi ni kena sampai sebelum jam 9.00 pagi. 

Senang hati bila tengok hasil kebun sendiri boleh dijual dan dimanfaatkan orang kampung. Lagi pun jam 8.30 pagi pokcik ada hal kat padang permainan kampung pokcik. macam biasa bertugas sebagai jurufoto di acara sukan rakyat kampung pokcik.. nanti pokcik update gambar acara tu 

Kedai sayur tu memang jadi tempat tumpuan makcik-makcik beli lauk harian. Ada yang siap pesan awal sebab katanya sawi kebun Pokcik ni segar, tak ada baja pelik-pelik. Pokcik guna cara kampung je — baja organik, siram pagi petang, dan selebihnya serah pada rezeki Allah. In Sha Allah Selasa nanti 8 kilogram pula akan keluar kepasaran..

Seronok bila usaha kecil ni jadi manfaat untuk ramai. Dapatlah Pokcik sedikit duit belanja, tapi lebih dari itu, rasa puas hati tengok hasil titik peluh sendiri.


Ulasan

Eyma Balkish berkata…
Satu kepuasan bila tanaman menjadi dan boleh dijual :)
Etuza berkata…
Alhamdulillah rezeki lagi ..rajin wak bertani..satu lagi makan sayur ni bagus untuk kesihatan..
Puan Hazel berkata…
Sayur segar mmg jadi kesukaan ramai. teruskan usaha dan minat pokcik

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...