Langkau ke kandungan utama

Jurufoto Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Alhamdulillah, selesai sudah majlis penutup sambutan Bulan Kemerdekaan kat sekolah Pokcik. Tahun ni meriah sungguh, dari awal bulan lagi sekolah dihias penuh bendera, warna merah putih biru kuning berkibar setiap penjuru. Hari ni seperti biasa Pokcik jadi jurufoto rasmi majlis.


Dengan dua  kamera di tangan, Pokcik cuba rakam setiap senyuman, setiap detik bersejarah yang berlaku di pentas sekolah ni. Dari persembahan murid-murid, ucapan guru besar, sampai la saat semua menyanyikan lagu patriotik bersama-sama – semuanya Pokcik cuba abadikan dalam gambar.

Seronok tengok semangat anak-anak murid, masing-masing berbangga dengan Jalur Gemilang di tangan. Walaupun cuaca panas, semangat kemerdekaan tetap terasa. Pokcik pula, walau tak sehebat jurufoto profesional, rasa puas hati bila dapat tangkap momen-momen berharga ni untuk kenangan sekolah.

Setiap kali bulan Ogos tiba, hati Pokcik tersentuh. 31 Ogos bukan sekadar tarikh cuti umum, tapi tanda besar perjuangan orang dulu-dulu yang korbankan nyawa untuk kita semua. Pokcik cuma harap gambar-gambar ni nanti jadi pengingat untuk anak-anak sekolah, bahawa kemerdekaan ni datang dengan harga yang tinggi.

Tahun depan kalau diberi kesempatan, Pokcik nak rakam lagi dengan gaya lebih kreatif – mana tahu boleh buat pameran foto sekolah pula. Yang penting, semangat merdeka jangan pernah pudar

Pokcik kongsi beberapa keping gambar yang sempat pokcik ambil tadi daripada 700 keping lebih yang pokcik sempat snapppp..🤭😁

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..