Langkau ke kandungan utama

Siram Sawi Dengan Baja 15/15

Petang semalam Pokcik turun kebun macam biasa. Cuaca redup, elok benar nak buat kerja ringan. Dari jauh lagi Pokcik dah nampak barisan sawi yang Pokcik baru pokcik alih kebatas tanam seminggu yang lalu makin galak naik. Daun hijau pekat, batang pun dah mula keras sikit tanda pokok sihat. Hati Pokcik rasa puas, penat lelah hari-hari siram, cabut rumput, jaga batas – semua tu dah mula tunjuk hasil.


Petang semalam kerja Pokcik senang je tapi kena teliti – siram baja untuk kuatkan pokok. Pokcik buka plastik baja NPK 15/15/15 – orang kebun panggil baja seimbang sebab nisbah Nitrogen (N), Fosforus (P), dan Kalium (K) sama rata 15%. Nitrogen ni penting nak bagi daun hijau subur, fosforus bantu akar kukuh, kalium pulak jagalah ketahanan pokok supaya tak mudah kena penyakit. Baja ni memang sesuai sangat untuk sayur daun macam sawi ni, sebab masa ni pokok tengah membesar nak daun banyak.


Pokcik ambik penyiram air biru, bancuh baja secukupnya. Jangan main taram je, sebab baja kalau lebih boleh “terbakar” pokok. Bancuh ikut sukatan, larut betul-betul dalam air, baru Pokcik mula siram satu batas ke satu batas. Cara siram macam ni Pokcik suka – baja masuk terus ke tanah, akar sedut sendiri. Daun pun selamat, tak melecur.

Bila siap semua batas, Pokcik duduk sekejap tepi kebun, hirup udara segar. Hati rasa syukur. Sawi yang dulu kecik, sekarang dah mula meninggi. Kalau ikut kiraan, seminggu dua lagi dah boleh mula cabut untuk jual. Pokcik dah bincang dengan tuan punya kedai sayur dekat kampung pokcik.. Katanya dia nak 4 kilogram setiap dua hari.. pokcik cakap pokcik bawa sekadar yang ada.. dia ok.. katanya sayur kamnpung ni lebih ramai pembeli suka..

Kerja kebun ni mengajar Pokcik banyak benda. Tak boleh malas, tak boleh gopoh. Baja 15/15 nampak macam butiran kecil je, tapi peranan dia besar. Tanah dapat makanan, pokok balas jasa dengan hasil yang memuaskan. Dalam hidup pun macam tu jugak – apa kita beri, itu yang kita dapat.

Kalau ada tanah sikit kat belakang rumah, cubalah tanam sawi. Tak payah banyak, satu batas pun cukup. Nikmat dia bila tengok pokok subur depan mata, memang tak boleh beli kat kedai. Dalam pasu, dalam polibag pun boleh untuk dua tiga pokok..


Ulasan

Sueann berkata…
Kena jaga pokok penuh kasih sayang...

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..