Langkau ke kandungan utama

Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli dan Gangguan Seksual

Pagi tadi suasana sekolah Pokcik meriah sikit dari biasa. Semua guru dan murid berkumpul di dewan untuk majlis pelancaran kempen anti buli dan gangguan seksual. Penting betul program macam ni, sebab nak tanam kesedaran sejak dari kecil lagi supaya murid-murid tahu batas pergaulan, saling hormat-menghormati, dan berani bersuara kalau nampak benda tak elok berlaku.

Dua orang murid comel sekolah Pokcik memegang poster hasil kreativiti sendiri dengan mesej tegas “Kami Benci Buli”. Senyuman dan keberanian mereka jadi simbol harapan, agar budaya saling menghormati terus mekar di sekolah.

Ucapan pembukaan oleh guru besar memang penuh semangat. Pesan beliau jelas – jangan sesekali anggap buli itu perkara biasa. Kita kena jadi mata dan telinga untuk kawan-kawan kita. 

Selepas itu ucapan perasmian majlis dilakukan oleh pegawai perhubungan polis IPD Besut.

Majlisberakhir jam 12.45 tengah hari tadi. Seronok tengok semangat cikgu-cikgu dan anak-anak murid. Harapnya usaha ni berterusan, supaya sekolah jadi tempat selamat untuk Semua 

Murid-murid dengan penuh semangat mengangkat poster “Kami Benci Buli” dan “Stop Bullying” hasil kreativiti sendiri. Wajah-wajah serius mereka jelas menunjukkan mesej kempen ini sampai ke hati, walau usia masih kecil.

Suasana dewan sekolah bertambah bermakna dengan kehadiran anak-anak yang berani bersuara melalui tulisan tangan mereka. Poster penuh warna dan kata-kata ringkas jadi lambang harapan agar budaya buli dapat dihapuskan.

Ulasan

Etuza berkata…
Majlis yang sangat bermakna , semoga semua murid mengambil iktibar dan selalu melakukan amalan yang baik-baik.Aamiin
Warisan Petani berkata…
Program yang bermanfaat kepada semua murid
Ana Jingga berkata…
semoga anak-anak faham akan matlamat kempen dan tersemai di jiwa masing-masing, In Syaa Allah
AMIIZAA@Mieja berkata…
Salams PB, BW sini selepas lama saya kesibukan, moga anak-anak dapat ilmu yg dimanafaatkan

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...