Langkau ke kandungan utama

Nyaris Ditimpa Musibah di Kebun Pisang

Petang tadi, macam biasa Pokcik turun kebun pisang. Cuaca redup, elok sangat nak bersihkan kawasan. Mesin galas pun Pokcik pikul, semangat berkobar nak habiskan kerja yang tertangguh.

Tengah sedap “menghayun” mesin tu, tiba-tiba bunyi “ziiiiuuup!” kuat kedengaran. Dalam sekelip mata, bahagian mata pisau mesin tu tercabut dan melayang ke depan. Allahu… masa tu jantung rasa macam nak terhenti. Lutut terus menggigil, Pokcik terduduk kat tanah.

Nasib baik ada beberapa pokok pisang besar di depan, jadi bilah pisau tu tersangkut dan tak terbang jauh. Kalau arah dia ke tubuh Pokcik… tak dapat bayangkan apa yang jadi. Alhamdulillah, Allah lindungi dari musibah besar hari ni.

Masa duduk menghela nafas panjang tu, Pokcik termenung sekejap. Kadang kita rasa kerja kebun ni biasa-biasa je, tapi bahaya tu ada di mana-mana. Hari ni Allah bagi peringatan supaya lebih berhati-hati. Lepas ni sebelum guna mesin, kena periksa betul-betul semua skru, mata pisau, dan bahagian penting. Jangan main pakai terus je.

Syukur sangat dapat balik rumah dengan selamat. Mesin boleh dibaiki, tapi nyawa kita tak ada gantinya.

Sebelum tu, pagi tadi pokcik jumpa doktor tengok results darah ambil bulan lalu.. bacaan gula.. 6.3 turun sikit berbanding beberapa bulan lalu..

Ulasan

Etuza berkata…
Terkejut baca entry wak, syukur terbuang ke arah lain, Allah selamatkan wak..semoga tak berlaku lagi ya..mohon hati2
Warisan Petani berkata…
Alhamdulillah takde sesuatu yang tak elok berlaku.
kawan wak pernah masuk sepital bilah mesin rumput terpacak kat betis.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..