Langkau ke kandungan utama

Sarapan Pagi atas pondok kebun yang belum siap

Pagi ni sarapan Pokcik ringkas saja, tapi cukup membangkitkan selera. Atas pondok kebun yang belum siap tu, Pokcik duduk bersila menghadap bekas nasi berisi ikan kukus goreng, sebelah telur masin, tiga biji cili kampung hijau segar dan budu yang harum baunya. Lauk kampung tapi bagi tekak Pokcik, itulah yang paling nikmat lebih-lebih lagi bila dimakan sambil hirup angin pagi yang sejuk, dengan bunyi ayam berkokok dari hujung kebun.

Petang semalam, sahabat ustaz Azman kirim gambar jering melalui WhatsApp. Dia kata, lepas solat Jumaat nanti dia nak datang rumah Pokcik bawa buah jering tu. 

Terus hati berbunga. Jadi pagi ni, pokcik gali sikit ubi di hujung batas kebun. Niatnya nak balas budi sahabat. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Begitulah adat hidup di kampung, yang kecil-kecil pun kita hargai, yang sederhana pun kita syukuri.

Walau pondok kebun ni belum siap sepenuhnya, suasana pagi terasa cukup damai. Bagi Pokcik, inilah nikmat sebenar hidup sarapan lauk kampung, kerja tangan sendiri, dan sahabat yang datang membawa hasil kebun dengan ikhlas hati. Hidup sederhana, tapi kaya dengan makna.



Ulasan

Sueann berkata…
Indahnya bertani...hasil tuaian tu nikmat...
mama tisya berkata…
berselera menu sarapan tu siap ada budu
Puan Hazel berkata…
Sederhana tapi bahagia dan hati tenang je bila sentiasa bersyukur atas segala perkara.
Jering tu nampak macam jering muda.
Etuza berkata…
Sungguh bahagia melihat tanaman, berbudi kepada tanah, hasil akan kembali pada kita..

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...