Kadangkala hidup ni pelik juga kan. Pokcik rancang nak tulis pasal satu benda, tapi jari jemari ni ikut hati pula – menulis tentang perkara lain yang langsung tak kena mengena dengan apa yang kita nampak depan mata. Begitulah hidup, ada masa kita duduk fikir nak ke kanan, tiba-tiba takdir bawa kita ke kiri.
Pagi ni misalnya, sambil menghirup teh panas dan mengunyah sarapan, fikiran pokcik jauh melayang. Terbayang cerita lama masa kecil dulu, waktu pagi sebelum ke sekolah mak mesti sibuk siapkan sarapan. Ada kalanya nasi goreng kampung, kadang-kadang ubi rebus cicah kelapa parut, dan kalau rezeki lebih sikit, roti canai dari kedai Pak Mail jadi pilihan.Bukan pasal makanan pun sebenarnya, tapi pasal suasana – gelak ketawa, jeritan mak suruh cepat siap, bunyi radio kecil kat dapur siar berita pagi. Semua itu dah lama hilang, tapi anehnya masih segar dalam ingatan.
Ulasan