Langkau ke kandungan utama

Betik Eksotika Merah Manis dari Kebun Pokcik

Pagi tadi Pokcik turun ke kebun, mata terus terpandang pokok betik yang dah lama Pokcik jaga tu. Betik ni jenis betik eskotika...Buahnya dah masak ranum, warna merah menyala sampai terserlah dari jauh. Pokcik pun petik satu, bawa balik untuk dibawa ke sekolah.

Sampai sekolah, Pokcik minta tolong pekerja kebersihan perempuan kupas kulit dan hiris buah betik tu elok-elok. Siap cantik dalam dulang, Pokcik bawa naik ke pejabat. 

Cikgu Aini: “Eh, Pokcik bawa apa tu? Merahnya cantik!”

Pokcik: “Ni betik kebun Pokcik… manis. Cikgu, Cuba rasa.”

Cikgu Razak: Sambil ambil sepotong “Masya-Allah, manis sungguh ni. Pokcik taruh baja apa?”

Pokcik: “Guna tanah bakar je cikgu… rajin siram, rajin bercakap dengan pokok.”

Cikgu Aini: “Patutlah manis sampai ke hati!”

Tak payah gula, tak payah apa, makan begitu saja pun dah cukup nikmat. Seronok bila hasil kebun dapat dikongsi ramai-ramai. Betullah kata orang tua-tua, rezeki yang dijaga dengan hati ikhlas, manisnya bukan setakat di mulut, tapi terasa sampai ke jiwa.

Ulasan

AzianKhalil berkata…
amboii.. merah menyala betiknya
Eyma Balkish berkata…
Dulu rajin juga bawa betik bagi pada rakan sekerja
AMIIZAA@Mieja berkata…
cantik elok warnanya.....rezeki berbudi kepada tanah
mama tisya berkata…
suka betik..jrg2 sgt org jual betik..dlu kt umh mak ada pokok betik
Sha Mohamed berkata…
Mengancam betul warnanya.. Tambah sedap bila dikongsi bersama..
Suria Amanda berkata…
Cantik kejadian betuk ni..fav SA ni..mesti sedap isinya..