Langkau ke kandungan utama

Bila tubuh Minta Rehat

Hari ni pokcik memang tak berapa sihat. Pagi-pagi lagi pokcik dah hantar WhatsApp pada Guru Besar, maklum mohon cuti. Tubuh rasa lemah, urat-urat pula macam tegang, kepala pun berat. Memang tak larat nak bangun lama.

Mungkin sebab dua tiga hari lepas pokcik agak kuat kerja di kebun, cabut sawi sana-sini untuk penuhi permintaan orang kampung. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Tapi bila sampai tahap badan jatuh demam begini, itu tandanya tubuh pokcik minta rehat.

Jadi hari ini pokcik hanya baring saja, tenangkan diri. Sesekali teringat juga pada kebun, tapi pokcik sedar — kalau diri tak sihat, kerja pun tak jadi. Biarlah hari ini dan esok tubuh diberi peluang untuk pulih, insyaAllah bila sihat nanti pokcik sambung semula urusan di kebun. Tapi rasanya petang ni pokcik turun sekejap kat kebun.. siram sawi sahaja dengan getah paip yang sudah sedia ada..

Kadang-kadang kita ni asyik sibuk cari rezeki sampai lupa tubuh pun ada hadnya. Demam ni jugalah yang mengingatkan pokcik bahawa rehat itu juga satu nikmat.

Pokcik doakan sahabat-sahabat semua sentiasa dalam kesihatan yang baik. Jangan lupa jaga diri, makan ikut masa, rehat secukupnya. Dan pokcik mohon juga doa daripada semua, semoga pokcik cepat sembuh dan kembali bertenaga untuk turun semula ke kebun. 🌿

Ulasan

Sueann berkata…
شفاك الله Pok Cik

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..