Langkau ke kandungan utama

Meja Kerja #31 - Minyak Panas dan kenangan lalu

Pagi tadi Pokcik gatal kaki sikit. Pokcik ke padang, tengok budak-budak sekolah main bola. Pokcik pun rasa nak join sekali. Bukan nak tunjuk handal, cuma nak keluarkan peluh konon nak panaskan badan.

Mula-mula ok je, lari keliling padang dua tiga kali. Tapi bila sampai pusing ketiga, betis mula bagi isyarat… ketat semacam. Haa masa tu baru teringat umur pun bukan muda lagi.

Naik pejabat, terus buka laci meja, capai botol kecil berisi minyak panas buatan sendiri. Pokcik sapu kat betis, urut pelan-pelan sambil tahan sakit. Bila dah tua begini jadinya buat aktiviti pun otot dah rasa lain macam.. 

Waktu muda dulu bukan setakat tangga yang tinggi atau bukit tapi gunung yang tinggi pokcik dah panjat.. Pokcik jadi guide.. ambil upah bawa kumpulan yang ingin daki Gunung tebu masa tu.. macam malim gunung begitu lah.. Tapi itu dulu waktu tenaga masih ada.. semuanya tinggal kenangan.

Gambar tahun 2000 masa ni Pokcik Daki Gunung Tahan

Sekarang bila buat aktiviti sikit, botol minyak panas atas meja kerja Pokcik ni yang akan jadi peneman.

 



Ulasan

Lydia berkata…
kalau time memerlukan tak ada krim atau minyak memang susah juga kan? saya ni kaki kiri ada masalah sikit. mudah salah urat jika silap sikit je memang naya
Sueann berkata…
Saya yg muda sikit pun standby minyak angin atas meja..
Puan Hazel berkata…
Kadang bila atas padang memang lupa diri kejap Pokcik macam Sy main netball hari tu. Syukurlah takde sakit² urat hehe
Etuza berkata…
Mesti ada minyak ni wak, boleh gosok2 kurangkan sengal..minyak baik..kena ada dalam rumah..
Etuza berkata…
Gambar zaman muda kah tu wak..saya masih tak sure mana satu wak dalam blog..
pokcikblogger berkata…
Gambar atas gunung tu masa umur 30 tahun dan gambar bawah sekali tu.. gambar tahun lepas
Mun berkata…
kat rumah ni pun bersusun dah minyak angin, minyak urut, minyak panas.. penuh atas meja.. biasalaa faktor umur ni kan..huhu
Warisan Petani berkata…
Masa muda pakai minyak wangi,
dah tua pakai minyak angin/urut
Etuza berkata…
Wah tu lah wak ya, blogger hebat..alunan kata bicara yang sedap membaca..gambar tahun 2024..Alhamdulillah lebih kenal dah dengan wak ni..cikgu yang baik..juru kamera yang handal ni..
Etuza berkata…
Blog Etuza tu, ada ja muka ni, senang kenal saya..hehehe
Yusuf Baradar berkata…
Bila sengal-sengal badan ni, kalau tak minyak gamat panas, kami ber-Yoko-Yoko

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...