Pagi tadi Pokcik gatal kaki sikit. Pokcik ke padang, tengok budak-budak sekolah main bola. Pokcik pun rasa nak join sekali. Bukan nak tunjuk handal, cuma nak keluarkan peluh konon nak panaskan badan.
Mula-mula ok je, lari keliling padang dua tiga kali. Tapi bila sampai pusing ketiga, betis mula bagi isyarat… ketat semacam. Haa masa tu baru teringat umur pun bukan muda lagi.
Naik pejabat, terus buka laci meja, capai botol kecil berisi minyak panas buatan sendiri. Pokcik sapu kat betis, urut pelan-pelan sambil tahan sakit. Bila dah tua begini jadinya buat aktiviti pun otot dah rasa lain macam..
Waktu muda dulu bukan setakat tangga yang tinggi atau bukit tapi gunung yang tinggi pokcik dah panjat.. Pokcik jadi guide.. ambil upah bawa kumpulan yang ingin daki Gunung tebu masa tu.. macam malim gunung begitu lah.. Tapi itu dulu waktu tenaga masih ada.. semuanya tinggal kenangan.

Gambar tahun 2000 masa ni Pokcik Daki Gunung Tahan
Sekarang bila buat aktiviti sikit, botol minyak panas atas meja kerja Pokcik ni yang akan jadi peneman.


Ulasan