Langkau ke kandungan utama

Ada Ketikanya Rasa Down Untuk Berkebun

Ada hari yang semangat berkebun tu melimpah-limpah. Bangun pagi terus capai cangkul, rasa macam nak ubah dunia dengan tanam sawi dan bayam. Tapi ada juga hari yang badan rasa berat, mata pun malas nak pandang batas. Pokcik pun manusia biasa. Kadang-kadang rasa down tu datang tanpa salam.

Bila tubuh mula rasa penat, lutut macam berkarat dan tangan pun dah tak larat nak angkat penyiram, masa tu lah fikiran mula ligat. “Kenapa aku buat semua ni?” Tambah pula kalau sayur yang ditanam elok-elok tu tak laku di pasar. Tengok sawi segar tak berusik, rasa macam hati pun layu sama.

Tapi bila duduk diam-diam, tengok daun pisang melambai, dengar bunyi cengkerik dan angin lalu celah pokok, Pokcik mula ingat balik kenapa mula berkebun. Bukan semata-mata nak jual. Tapi nak rasa hidup. Nak rasa tanah di tapak kaki. Nak tengok sesuatu tumbuh dari tangan sendiri dan lebih dari itu adalah kerana hobi itu.

Kadang-kadang, Pokcik ambil masa buat kerja perlahan. Buang pelepah pisang kering dipokok pisang, cangkul batas elok-elok. Sebab dalam setiap gerak tu, ada ketenangan. Ada cerita. Ada harapan.

Tak semestinya setiap hari berkebun tu penuh hasil. Tapi setiap hari ada peluang untuk rasa syukur. Dan bila rasa down tu datang, Pokcik biar saja dia duduk sekejap. Lepas tu, bangun balik. Cangkul masih ada. Tanah masih sedia. Pokcik pun masih di sini.

Ulasan

Airene Erawan berkata…
Bila nampak hasil tanaman yang kita belai hari2, baru la bersemangat kan pokcik?😁
Ana Jingga berkata…
samalah saya pokcik, buat masa ni mood gardening masih kabur huhu.. pelan-pelan lah buat bila ada tenaga keupayaan kan.. saya pun ada blog gardening yang masih baru di ajhomegarden.blogspot.com
Puan Hazel berkata…
Adatlah tu Pokcik... ada masa semangat tinggi, adakala menurun. sekali melangkah, teruskan :)
Etuza berkata…
Teruskan usaha wak..tak apa secara santai ja..ada adalah..jika penat rehatlah dulu ya..usah paksa..inshaAllah ada masa sambung kerja di kebun..
namakucella berkata…
Betul...ada hari rasa nak ubah dunia kan..
Apapun,semoga Allah kembalikan semangat berkebun tu
Suria Amanda berkata…
Maybe pokcik kena berehat sementara, lepas tu ok balik kot...best plak tengok sawi sebesen tu ha...

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..