Langkau ke kandungan utama

Makan Tengah Hari di J’River Agro Darau

Tengah hari tadi, Guru Besar ajak pokcik dan geng pentadbiran sekolah, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, dan Mat Rizal makan tengah hari di J’River Agro Darau. Tempat ni memang port menarik tepi sungai, angin sepoi-sepoi bahasa, dan lauk pauk dia memang padu.

Sampai saja di sana, mata pokcik terus tertumpu pada suasana sekeliling. Ada pondok-pondok kecil di tepi air, dikelilingi pokok hijau yang redup. Angin sungai yang lembut tu buat suasana makan rasa tenang sangat. Tak perlu kipas pun, sebab angin semula jadi dah cukup menyegarkan.

Atas meja, lauknya memang menggoda. Ada ikan stim limau yang disiram kuah masam pedas, cukup lengkap dengan hirisan bawang putih, cili padi dan limau nipis. Wangi naik satu meja! Kuahnya tu, kalau cicah dengan nasi panas, boleh hilang segala penat kerja sekolah. Tak cukup dengan tu, ada juga sup campur seafood, penuh dengan sotong, udang, dan hirisan daun ketumbar. Rasa dia segar dan ringan, sesuai sangat makan tengah hari.

Sambil makan, kami borak santai pasal hal sekolah dan juga hal dunia. Kadang-kadang keluar juga lawak spontan dari Mat Rizal, sampai Guru Besar pun tergelak besar. Dalam suasana begini, terasa eratnya hubungan kerja — bukan sekadar rakan pejabat, tapi macam keluarga kecil yang saling memahami.

Pokcik rasa J’River Agro Darau ni memang sesuai sangat untuk santai lepas waktu kerja atau bawa keluarga hujung minggu. Makan sedap, tempat tenang, pemandangan cantik. Lepas ni kalau ada mesyuarat santai atau jamuan kecil, boleh sangat buat kat sini.

Pokcik pun nak bergambar juga kat sini.. sekali sekala perlu ada juga gambar sendiri dalam blog ni.

Ulasan

AzianKhalil berkata…
Menarik makanannya. selalu saya makan macam ni malam malam. siang lebih prefer nasik campur aje
Suria Amanda berkata…
Lapar plak SA tengok menu yang di order tu....ye betul Pokcik..perlu sesekali tonjolkan diri..supaya orang kenal...

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...