Langkau ke kandungan utama

ABC Feveret Bini Pokcik

Semalam lepas Isyak, bini pokcik ajak keluar makan. Katanya, tekak teringin sangat nak minum ABC feveret dia. Pokcik pun ikut saja, sebab kalau bab makan ni, mana pernah menang kalau lawan cakap bini — lagi-lagi bila dia dah sebut “teringin”.

Kami pun bertolak ke kedai yang bagi kami ABC dia tu memang sedap dari kedai lain. Sampai saja, terus dia senyum lebar bila nampak meja kosong bawah kipas besar tu , tempat “port” dia. Tapi malam ni bagi kami perkhidmatan yang diberi terlalu slow dari pihak kedai.. biasanya laju, mungkin ada yang tidak kena menyebabkan lama kami menunggu ... walaupun begitu ABC dia tetap "WOW"

Warna dia, MasyaAllah... meriah betul! Dari jauh pun dah nampak berkilau bawah lampu kedai. Ada ais kisar tinggi-tinggi, sirap merah pekat, cincau, jagung, nata de coco, buah kabung, kismis dan kat atasnya pula seketul aiskrim vanila yang tengah cair perlahan-lahan. Pokcik tengok pun dah rasa sejuk satu badan.

Bini pokcik hirup sikit, mata dia terus pejam, sambil sebut, “Haa ni la yang abang takkan faham... nikmat ABC malam-malam.” Pokcik hanya gelak kecil, sebab memang betul pun.

Pokcik ambil gambar secawan ABC tu, sebab nampak cantik sangat. Warna ungu dari pencahayaan neon kedai bercampur dengan sirap merah dan ais krim putih — macam hasil seni malam yang tak dirancang.

Malam tu, kami tak lama pun di kedai, tapi cukup buat rasa hati hangat. Kadang-kadang bukan pasal apa yang kita makan, tapi dengan siapa kita duduk menikmati masa tu.

Ulasan

Suria Amanda berkata…
mak aiii...malam- malam ye minum ABC...ngilu gigi SA..hehehe..tapi betul la..nampak tempting sangat ABC kesukaan isteri pokcik tu
Etuza berkata…
Wah, lumayan ABC tu..menggoda jiwa ..tahniah wak bahagiakan suri hati..sesekali bawa makan keluar pasti happay suri hati..
Etuza berkata…
Mana gambar suri hati, tak acilah wak..hehehe..gurau ja ya..
Puan Hazel berkata…
Nampak macam warna dragon fruit. Cantik pulak tengok. Rasa mestilah sedap ni
thisni3za berkata…
Wahh..Menarik betul ABC tu =D
mama tisya berkata…
sedap tu abc..lama tk mkn sbb cut sugar
Warisan Petani berkata…
kalau time tengah hari, cuaca panas lagilah best dapat ABC ni
adnil linda berkata…
tak sejuk ke tu?? hihihi
namakucella berkata…
Kalau tengok waktu aiang bulan puasa...kurus pahala puasa ni🤣