Langkau ke kandungan utama

Manuskrip Yang rosak

Dulu waktu remaja, pokcik pernah berangan nak jadi penulis novel. Bukan sekadar suka-suka, tapi betul-betul ada semangat nak menulis. Nak bercerita tentang hidup, tentang manusia dan tentang kampung halaman yang penuh makna. Masa tu, dunia terasa luas dan masa seolah panjang.

Pokcik masih ingat lagi, satu ketika dulu pokcik pernah hadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh seorang novelis dari Terengganu — Ali Jusoh. Namanya mungkin tak sepopular penulis-penulis besar tanah air, tapi bagi pokcik, dialah guru yang menyalakan api kecil dalam dada seorang anak muda kampung yang ingin menulis. Novel-novelnya banyak bercerita tentang kehidupan sederhana, perjuangan manusia kecil, dan makna ketabahan. Dari tutur katanya masa di bengkel tu, pokcik belajar bahawa menulis bukan soal bakat semata tapi tentang kejujuran dan kesabaran dalam menganyam setiap perkataan.

Lepas bengkel tu, pokcik terus menulis. Guna pen dan kertas, sebab masa tu komputer pun belum mampu nak beli. Setiap malam pokcik menulis sampai lewat. Kisah tentang seorang lelaki yang mencari makna hidup di tengah hiruk-pikuk kota. Watak tu pokcik cipta daripada bayangan diri sendiri, muda, keliru tapi penuh cita-cita.

Tapi sayangnya, manuskrip tu rosak kena air banjir. Habis lembaran kertas basah, tulisan jadi kabur, kertas berkedut dan melekat sesama sendiri. Pokcik cuba juga nak selamatkan, tapi hanya beberapa helaian saja yang masih terbaca. Selebihnya hancur dibawa lumpur dan masa. Masa tu, pokcik termenung lama. Rasa macam separuh jiwa pokcik hanyut sekali.

Tapi bila difikirkan semula, mungkin itu bahagian perjalanan yang Tuhan nak ajar. Manuskrip tu rosak tapi semangatnya tak pernah padam. Kadang pokcik rasa, banjir tu bukan sekadar bencana, tapi satu cara untuk menguji sejauh mana ikhlasnya hati nak jadi seorang penulis.

Sampai hari ni, keinginan pokcik untuk menulis masih hidup. Tapi entah bila akan jadi kenyataan.. Sehingga kini pokcik hanya menulis dalam blog.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...