Langkau ke kandungan utama

Cerita Kedai Kopi #12 : Jalan Jem, Hari Malaysia & Kenduri Kahwin

Pagi tu kampung Pokcik redup je, angin sepoi-sepoi. Kedai kopi Pak Mat pun dah mula riuh. Bunyi cawan berlaga, aroma kopi kampung pekat semerbak. Meja kayu bawah pokok ketapang tu dah penuh geng lama: Pokcik, Tok Awang, Mat Rizal, dan Mail Towing.

Pokcik, cuti sekolah kali ni memang jem teruk wehh,” Mat Rizal mula buka cerita sambil tepuk meja kayu. “Keluar rumah awal tadi , satu jam sangkut. Baru lepas jambatan tu. Jalan sibuk macam nak raya.. time ni kan dia sibuk nak baiki jalan


Pokcik gelak sambil kacau kopi O panas. “Eh cuti panjang la Rizal… Hari Malaysia, kenduri pun berlambak. Depa semua turun kampung cari nasi minyak percuma.”

Tok Awang, dengan tangan bersilang, mengangguk perlahan. “Dulu kenduri takde jem pun. Jalan kampung lengang. Orang datang naik basikal, naik motor kapcai. Sekarang kereta panjang berderet, parking sampai tepi bendang.”

Mail Towing menyampuk, ketawa kecil sambil geleng kepala. “Aku pulak kena hon depan tol semalam. Nak keluar lorong pun orang tak bagi jalan. Last-last aku keluar lambat, sampai kenduri orang dah kemas khemah.”

Mat Rizal gelak besar sampai tersedak teh tarik. “Haaa tu la kau, lambat gerak. Aku pagi buta dah start enjin, elak jem.”

Suasana meja kopi jadi makin meriah. Ada yang bersuara, ada yang gelak, ada yang sibuk hirup kopi pekat. Bunyi sudu berlaga dengan cawan jadi muzik latar pagi kampung tu.

Eh Pokcik,” kata Tok Awang sambil pandang jauh ke jalan besar, “Zaman dulu kenduri ni meriah bukan sebab ramai kereta… tapi sebab gotong-royong. Seminggu sebelum kenduri dah riuh orang kampung datang tolong. Potong bawang, tumbuk lada. Budak-budak main kejar-kejar bawah rumah pengantin.”

Pokcik senyum lebar, terkenang zaman kecil. “Betul, betul. Aku ingat lagi, masa kenduri dulu"

Mail Towing sambung, “Sekarang kenduri semua tempah katering. Datang, makan, balik. Tak sempat nak sembang panjang. Tapi… nasi minyak katering ni power jugak. Ayam masak merah dia lain macam.”

Ha tu kelebihan moden la tu,” Mat Rizal balas sambil hirup kopi. “Tapi aku rindu nasi minyak dulu… bau minyak sapi naik sampai hujung kampung. Air sirap bandung pun buat sendiri. Kadang-kadang cair, kadang-kadang pekat. Haa tu baru ori!”

Tiba-tiba bunyi hon lori lalu depan kedai kopi. Semua serentak toleh. Jalan depan kampung dah mula sesak walaupun baru pukul sembilan pagi. Cuti panjang ni memang macam tu. Orang kampung pun sibuk, ada kenduri, ada orang balik dari bandar.

Macam ni la cuti sekolah sekarang,” Pokcik bersuara perlahan sambil hirup kopi terakhir. “Jalan jem, kenduri bersusun, Hari Malaysia buat orang balik kampung. Riuh rendah kampung, tapi dalam riuh tu… rasa meriah, rasa hidup.”

Tok Awang senyum nipis. “Betul. Jem pun jem la… asal kampung meriah. Esok-esok kalau semua senyap… tu lagi sunyi.

Semua terdiam sekejap, hirup kopi masing-masing sambil pandang ke jalan besar. Suasana pagi kampung terus hidup dengan bunyi hon, gelak kanak-kanak berlari ke kedai runcit, dan aroma nasi minyak dari rumah hujung kampung.

Nota pokcik: cerita kedai kopi hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan situasi semasa.

Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
cuti sekolah paling sesak dimana-mana
Etuza berkata…
Line wifi tak kuat tempat saya..nak minta data dah ni..nak bayar dulu baru kuat lina
pokcikblogger berkata…
kena bayar cepat-cepat...
Sha Mohamed berkata…
Cuti-cuti ini memang meriahlah kampung.. Walaupun sesak sikit tapi meriah dan tak sunyi.. Saudara mara berkumpul, adik beradik bertemu muka.. Seronoklah..
Puan Hazel berkata…
Hujung minggu ni pun kena bersedia mental dan fizikal juga, long weekend + cuti sekolah. Apapun alhamdulillah negara kita masih aman dan makmur tanpa sebarang musibah.

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...