Langkau ke kandungan utama

Senamrobik Hari Sukan Negara di Sekolah Pokcik

Pagi tadi, suasana di sekolah pokcik meriah bukan main. Dari jauh pun dah kedengaran lagu-lagu rancak yang biasa dimainkan bila acara senamrobik nak mula. Cuaca pun elok, tak panas, tak hujan. Kira lengkaplah untuk sambutan Hari Sukan Negara tahun ni.

Budak-budak mula berkumpul di dataran sekolah, masing-masing dengan baju sukan sekolah, Semuanya nampak bersemangat. Bila muzik mula dimainkan, masing-masing terus ikut gerakan pelajar tahun enam yang dilantik sebagai instructor diatas pentas. Ada yang lincah betul, tapi ada juga yang gaya macam robot kehabisan bateri — itulah yang buat pokcik tersenyum tengok gelagat mereka.

Pokcik rasa inilah antara momen yang paling menggembirakan di sekolah. Tak ada tekanan belajar, tak ada buku, tak ada ujian. Cuma keringat, tawa, dan semangat. Cikgu-cikgu pun tak kurang hebatnya, ada yang menari lebih laju daripada murid, siap buat gaya tambahan sendiri!

Bila senamrobik selesai, semua pelajar duduk berehat sambil minum air. Wajah mereka merah-merah, tapi puas. Pokcik sempat juga rakam beberapa gambar nak dijadikan kenangan bahawa di sebalik semua kesibukan dunia pendidikan, masih ada detik yang mengikat hati kita dengan kegembiraan dan semangat kebersamaan.

Hari ni bukan sekadar Hari Sukan Negara, tapi juga hari untuk kita belajar erti sihat, ceria, dan bersatu hati. Pokcik naik ke pejabat dengan peluh merecik didahi, lebih berpeluh dari berkebun. 








Ulasan

Ummi Aish berkata…
anak yang form 2 dah selesai jumaat lepas, yang adik dia senamrobik Rabu ni cikgu siap pesan suruh bawa topi
Ana Jingga berkata…
memang seronok kalau ada aktiviti luar bilik darjah macam ni kan pokcik, dulu zaman sekolah paling best waktu PJ lah bermain di padang , kan
pokcikblogger berkata…
Zaman sekolah dulu, waktu PJ lah pokcik ponteng 🤭
Warisan Petani berkata…
Rindu jaman sekolah rendah dulu
Puan Hazel berkata…
Kami pun join juga Hari Sukan Negara di sekolah anak semalam :)
Etuza berkata…
Wah..seronok tengok, saya turut tersenyum nampak guru tersenyum manis tu wak..tahniah ambil gambar menarik..
Wak Lat berkata…
Ada sekolah yg buat acara bersukan.. 🏃🏃 meriah kann
namakucella berkata…
Rasanya zaman kita sekolah dulu takda sukan lain selain sukan tahunan dan suneka jer kot yang ada..tapi saya selalu corot🤣
Suria Amanda berkata…
Zaman sekolah dulu best compare zaman sekarang..denga xde gadjet, aktiviti sekolah semua best..paling suka merentas desa dan sukan tahunan, meriah macam pesta...

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...