Langkau ke kandungan utama

Permulaan Pokcik dengan Rock Melon

Petang tadi, Pokcik luangkan masa di kebun kecil belakang rumah. Dengan perlahan dan sabar, Pokcik tarik plastik hitam untuk menutupi satu batas tanah yang dah siap digembur. Tujuannya mudah, nak kawal rumput, simpan kelembapan, dan panaskan tanah sikit-sikit untuk anak benih yang bakal tumbuh.

Pokcik dah beli dua pek benih rock melon beberapa hari lepas. Setiap pek ada 10 biji saja. Tak banyak, tapi cukup untuk permulaan. Pokcik tak nak terus tanam banyak lebih baik tanam sikit dulu, belajar cara jaga, faham perangai tanaman, dan kutip pengalaman.

Batas ni akan jadi tempat eksperimen Pokcik. Kalau menjadi, insyaAllah lepas ni boleh tambah lagi. Kalau tak menjadi, kita belajar dari kesilapan. Yang penting, Pokcik mula dengan niat dan usaha.

Kebun ni bukan sekadar tempat tanam buah, ia tempat Pokcik belajar sabar, teliti, dan rasa syukur dengan rezeki yang tumbuh perlahan-lahan

Ulasan

Warisan Petani berkata…
Mudah2an menjadi tanamannya

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..