Langkau ke kandungan utama

Hasil Kebun Pagi Ini

Pagi ni pokcik ada sedikit hasil kebun yang nak dihantar ke kedai sayur. Ada ikatan kangkung bercampur dengan bayam, baru saja dipetik dari kebun.

Tak banyak mana pun, tapi seronok tengok hasil yang kita tanam sendiri boleh sampai ke kedai dan jadi rezeki. Bayam 8 ikat (5 ikat = RM5 untuk pokcik, 3 ikat RM3 untuk pekedai) kangkung 20 ikat (15 ikat  = RM15 bahagian pokcik dan 5 ikat = RM 5 bahagian pekedai) begitu lah cara pengiraan yag dipersetujui antara pokcik dan pekedai.

Dua tiga kali pokcik pergi letak barulah tuan kedai bagi duit, ketika itu dapat antara RM150 ke RM250. Dapatlah pokcik dengan mokcik buat belanja makan-makan malam kat kedai. jimat duit belanja dari bahagian gaji pokcik.

Begitulah rutin pokcik di kebun… tanam, jaga, petik dan hantar. Biar sedikit, asalkan ada hasil. Rezeki daripada tanah ni, kita syukuri saja. 😊🌿

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Seronoknya..dari suka- suka dah boleh jana pendapatan...banyak la tu hasilnya Pokcik..alhamdulillah...
Sharhanah berkata…
Bila kita berbudi pada tanah, insha-Allah tanah pun akan bagi hasil. Tak perlu banyak, yang penting rajin, sabar dan konsisten. Tahniah Pokcik!
Sueann berkata…
Alhamdulillah hasil bertani..berkat..
thisni3za berkata…
Alhamdulillah.Tak sia2 brjasa pd tanah =)
Puan Hazel berkata…
Alhamdulillah, banyak juga hasilnya tu pokcik.

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...