Langkau ke kandungan utama

Hari Keluarga Persatuan Alumni Sekolah


Hari Keluarga Persatuan Alumni sekolah lama Pokcik.  Program yang menghimpunkan bekas pelajar dari pelbagai batch. Tahun ini, lokasi dipilih di Agro Darau, tempat yang tenang, luas, dan dengan mandangan tasik yang yang mendamaikan hati.

Program bermula sejak malam Jumaat, 3 Oktober 2025, dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, diselang dengan tazkirah serta bacaan tahlil buat guru-guru dan rakan-rakan yang telah pergi menghadap Ilahi. Malam tu suasananya sungguh sayu… bila doa dibaca, ada yang menunduk lama — mungkin terkenang wajah cikgu yang dulu selalu menegur, atau sahabat yang tak sempat kita ucap selamat tinggal.

Menariknya, ada juga bekas pelajar yang datang jauh dari Kedah dan Pahang, sanggup bermalam di sini. Mereka bawa keluarga sekali — katanya nak anak-anak tahu, bahawa sahabat yang baik itu tak pernah hilang walau masa dah lama berlalu.

Masuk pagi Sabtu, suasana terus bertukar jadi riuh dan penuh gelak ketawa. Di padang Agro Darau berlangsung program sukaneka 

Selesai sukaneka, kami berkumpul bawah khemah panjang untuk jamuan tengah hari. Nasi lauk kampung, ayam masak merah, sambal belacan, ulam-ulaman — ringkas tapi cukup menyelerakan. Masa makan tu lah paling banyak cerita keluar, dari kisah lucu masa sekolah sampai kisah hidup sekarang yang masing-masing tempuhi. 

Tepat jam 1 tengah hari, Majlis penyampain hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah diadakan. Majlis pun berakhir dengan ucapan ringkas daripada pengerusi alumni dan sesi bergambar beramai-ramai. Semua berdiri rapat, senyum lebar depan kamera — seolah-olah cuba memegang kenangan itu supaya tak hilang.

Bila semua bersurai, Pokcik duduk sekejap di tepi padang. Pandang langit, rasa syukur menjalar dalam hati. Kita semua dah jauh berjalan dalam hidup ni, tapi sesekali bila kembali berkumpul begini, terasa macam waktu berhenti sekejap — memberi ruang untuk kita mengenang, dan menghargai erti persahabatan yang sebenar.

Terima kasih kepada yang datang .. kita faham bukan senang untuk menghimpunkan kesemuanya kerana mungkin mereka semua ini ada komitmen masing-masing dan mungkin juga sudah berada diserata negeri dan negara. Terima kasih juga kepada bekas pelajar, walaupun berada jauh tapi masing menyumbang sumber kewangan bagi menjayakan progam ini... terima kasih Datuk/Datin, Tuan/Puan..

Pokcik kongsi sekeping dua gambar disini... seperti biasa pokcik bertugas sebagai jurufoto..


















Maaf pokcik tukar tema.. dalam proses pemilihan tema..

Ulasan

Etuza berkata…
Amazing, hebatnya wak..terasa nak join sama tau..pernah saya menang bowling kelapa..hehehe.. seronok

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..