Langkau ke kandungan utama

Bila Doktor Suruh Periksa Mata

Pagi tadi adik Pokcik pergi hospital. Dah lama dia mengadu sakit kepala, tapi bila cek tekanan darah semua normal. Tak tinggi pun. Jadi kami pun pelik, sebab tiap kali dia kata kepala berdenyut, ubat pun tak banyak membantu.

Tadi bila jumpa doktor, doktor sarankan supaya dia buat pemeriksaan mata di Hospital Kuala Terengganu, untuk jumpa doktor pakar. Katanya mungkin ada kaitan dengan saraf mata.

Bila dengar doktor sebut begitu, terus hati Pokcik teringat tentang penyakit glaukoma — penyakit mata yang datang perlahan-lahan tanpa kita sedar. 

Dalam mata kita ni ada satu cecair yang keluar masuk setiap masa. Bila saluran keluar tu sempit atau tersumbat, tekanan dalam mata akan naik. Tekanan inilah yang lama-lama boleh rosakkan saraf optik, dan akhirnya menyebabkan hilang penglihatan.

Yang menakutkan — glaukoma ni tak sakit, tak ada tanda awal yang jelas. Orang cuma mula perasan bila pandangan tepi dah makin sempit, atau bila dah sukar nampak dalam keadaan gelap. Kadang-kadang, sakit kepala pun boleh jadi petanda awal.

Ramai antara kita fikir sakit kepala tu biasa, atau sebab kurang tidur, tapi sebenarnya boleh jadi ada kaitan dengan mata. Sebab tu penting untuk buat pemeriksaan mata secara berkala, terutama bila umur makin meningkat atau bila ada sejarah keluarga yang pernah alami masalah mata.

Pokcik doakan semoga adik hanyalah masalah kecil dan bukanlah glaucoma. Semoga dia cepat sembuh dan tak ada apa-apa yang serius. Tapi dalam masa yang sama, kisah ni jadi peringatan kecil juga buat kita semua. Mata ni amanah. Kadang kita terlalu sibuk jaga jantung, gula, dan tekanan darah — tapi lupa jaga mata, yang setiap hari buka tirai dunia untuk kita.

Ulasan

adnil linda berkata…
semoga yang baik2 untuk adik pokcik...aamin

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..