Hari ini pokcik bersama adik dan anak saudara siap tanam 35 pokok kelapa pandan. Kerja dari pagi sampai tengah hari. Panas, letih, tapi alhamdulillah semua selesai.
Benih kelapa ni kami susun elok-elok, gali lubang satu-satu dan tanam ikut barisan. Tanah masih boleh tahan, ada keras sikit, ada lembut. Bila letih, kami rehat sekejap di pondok, minum air dan sambung balik.
Insya-Allah Jumaat minggu depan akan tanam lagi. Jumlah benih lebih kurang sama. Buat sikit-sikit, yang penting jalan dan jadi.
Cabaran utama di kebun ni babi hutan. Selalu masuk waktu malam. Harap benih yang ditanam ni selamat dan tak diganggu. Kita jaga setakat mampu, selebihnya kita serah pada Allah.
Menanam ni bukan terus nampak hasil. Kena sabar dan tunggu. Apa yang penting, usaha dah dibuat. Mudah-mudahan pokok hidup subur dan suatu hari nanti berbuah.
Pelan-pelan kita buat, asalkan tak berhenti.

Ulasan
Vavi hutan memang suka merosakkan anak pokok kelapa yang baharu ditanam.