Langkau ke kandungan utama

Lengat Pisang Viral

Hari ni sahabat Pokcik… guru pusat sumber masuk kat office datang bawa lengat pisang yang tengah viral sekarang ni. Katanya dia buat sendiri, nak cuba bagi rasa. Baunya memang wangi, kuah santannya pun nampak pekat berlemak.

Cuma masalahnya… Pokcik memang tak boleh makan pisang. Dari dulu lagi kalau makan, mesti perut buat hal. Jadi Pokcik beritahu kat dia elok-elok yang Pokcik tak boleh makan. Tapi sahabat kita ni bersungguh juga, katanya "Cuba lah rasa sikit saja, bukan banyak pun."

Nak jaga hati kawan, Pokcik pun cedok sikit kuah dia, rasa dalam dua sudu. Manisnya ngam-ngam, lemak santannya terasa… tapi tak sampai 20 minit, perut Pokcik mula rasa tak selesa. Haaa… itu lah dia, memang sah pisang tak serasi dengan Pokcik.

Kadang-kadang benda orang lain seronok makan, bukan semua orang boleh ikut sama. Pokcik kena terima hakikat, walaupun makanan tu nampak sedap, belum tentu sesuai dengan tubuh badan kita.

Tapi Pokcik tetap hargai betul-betul niat baik sahabat yang sudi bawa dan kongsi hasil tangan sendiri. Itulah indahnya bersahabat – saling ingat, saling berkongsi, walaupun kadang ada benda kita tak mampu nak nikmati sama-sama.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
itulah masalah kita kan...bila nak ambil hati kawan tapi diri sendiri yang merana kesakitan..SA selalu macam tu...
Ana Jingga berkata…
saya pun ada jenis pisang yang tak tahan makan pokcik, pisang nangka antaranya kalau makan mudarat , memang sedap lengat pisang kan :)
Etuza berkata…
pisang bagus untuk kesihatan lelaki sebenarnya wak..apapun tak apa banyak buahan lain juga untuk kesihatan.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Gambar Hari Rabu #60 - Anak burung Gembala Kerbau

Anak burung ini ditemui di depan pejabat sekolah pokcik. Dari terbiar begitu dan menjadi santapan sarapan pagi si kucing pokcik ambil dan tiada niat untuk memeliharanya. Pokcik memang tidak minat pelihara burung. Ada beberapa rakan pokcik yang minat pada burung jenis ni..  Mujurlah ada rakan pokcik yang sudi memeliharanya..