Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Hobi Berkebun Sayur Tumbuh Dalam Jiwa Pokcik

Semuanya bermula waktu Pokcik masih bersekolah rendah dulu, masa tu darjah enam. Sekolah Pokcik ada buat satu program yang dipanggil Bumi Hijau — satu program tanam sayur di kawasan sekolah. Waktu itu, semua sekolah terlibat dengan program ini. Setiap murid wajib pilih satu jenis tanaman untuk diusahakan dan di hujungnya akan dinilai pokok siapa yang paling subur, paling hidup elok.

Pokcik masa tu tanam lobak putih. Setiap pagi sebelum loceng berbunyi dan petang pula pokcik datang untuk menyiram air, buang rumput sekeliling, cangkul untuk gemburkan tanah sikit-sikit. Tak sangka, hasilnya subur betul....  daun lebar, hijau pekat.. umbisi lobak putih membesar dengan elok. Bila tiba hari pertandingan, Pokcik dapat tempat nombor satu. Itulah hadiah pertama dalam hidup Pokcik yang datang daripada kerja tangan sendiri.

Sejak hari tu, rasa minat tu mula bercambah dalam hati. Tambah pula bila balik rumah, tengok emak Pokcik rajin menanam di tepi dapur — ada serai, cabai, halia, kunyit... Semua nampak hidup subur bawah tangan mak. Lagi pun pokcik ada ruang tanah yang luas untuk menanam sayur.. Jadi bergantung atas pokcik sama ada rajin atau tidak

Sekarang bila usia dah makin tua ni, hobi itu tetap pokcik teruskn Bezanya kali ni bukan lagi sebab nak menang hadiah, tapi sebab nak cari ketenangan. Dapat buat belanja barang dapur kat rumah dah kira ok dan berpadanan.. Tapi biasanya lebih dari itu yang pokcik dapat..

Tanam sayur ni bukan sekadar untuk makan, tapi untuk rawat jiwa. . Pokcik tenang begini🌿

Ulasan

Ana Jingga berkata…
lama sungguh tu pokcik kalau program bumi hijau ni, kan... sekitar 80-an agak nya, ya ? betul, bertanam ni sangat terapi pada saya juga.. saya suka pada pokok2 bunga hiasan laman dan tanaman untuk masakan. Saya ada satu lagi blog baru khas untuk gardening di ajhomegarden.blogspot.com
Etuza berkata…
Kini, diaplikasikan, pandai wak berkebun..hasil usaha dan pendidikan..
Puan Hazel berkata…
Sy pun minat bercucuk tanam, cuma belum rezeki ada tanah utk berkebun. Sekadar tanam sikit² depan rumah dan dlm pasu.
Bagus program Bumi Hijau tu, pencetus minat buat Pokcik 👍🏻
Warisan Petani berkata…
Kita usahakan apa yang kita minat

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...