Langkau ke kandungan utama

Catatan

Anak sepupu kemalangan, pokcik bagi sapu minyak gonggang

Tiga hari yang lalu anak sepupu pokcik kemalangan motorsikal. Kemalangan yang berlaku disimpang jalan kampung berhampiran dengan rumah.  Terbalik motorsikal akibat terperanjat dan cuba mengelak kereta yang dinaiki oleh ayahnya sendiri. Kecederaan yang dialami pun bukanlah teruk sangat hanya melibatkan kecederaan pada kulit sahaja. Dah dihantar untuk mendapatkan rawatan dihospital untuk melihat adakah kecederaan yang dialami itu melibatkan kecederaan dalaman. Alhamdulillah semuanya baik, tidak melibatkan dalaman. Keesokkannya pokcik cadangkan pada sepupu pokcik supaya dia menyapu minyak gonggang yang pokcik buat pada anaknya. Nasib baiklah sepupu pokcik ini hendak cuba untuk sapu pada kecederaan kulit anaknya. Tiga hari selepas itu pokcik datang untuk melihat kesan pada kulit anaknya itu. Kata anak sepupu pokcik ini. Minyak ini tidak pedih dan kulit tidak meregang dan air luka pada daging cepat kering. Alhamdulillah... Minyak gonggang ini amat baik untuk keced...

20 batang 60 ringgit

Apa yang 20 batang 60 ringgit tu.. aahhaa.. itulah rezeki pokcik petang ini. Bila jiran pokcik yang hendak mengadakan kenduri kahwin anaknya esok berkenan hendak membeli keladi pokcik.. Alhamdulillah rezeki hari raya.  Dua guni besar tu.. batang keladi ni tingginya pun dah lebih dari ketinggian pokcik. Sayangnya keladi yang pokcik tanam ni tiada umbisi yang besar. Keladi ni pokcik tanam dalam alor yang telah kering dibelakang rumah, itulah sebabnya menjadikan pokok ini subur tumbuhnya. Ada juga yang pokcik tanam atas darat berhampiran Alor.

Buku yang sedang dibaca #1 - Menggunung tulisan Helmi effendi

Sehari dua ni mood membaca pokcik datang lagi. Buku yang jadi mangsa bacaan pokcik ni dihasilkan oleh Helmi Effendy. Ini kali pertama pokcik baca hasilannya.. Apa yang pokcik boleh katakan.. cukup menarik.. Menggunung, pekan di mana khabar angin menjadi realiti. Syaratnya apabila ada manusia yang percaya pada khabar angin tersebut. Fenomena aneh ini bermula di sebuah portal dan laman web yang bercerita tentang kisah hantu yang berlatarkan pekan Menggunung yang berpopulasi 30 000 orang itu. Setiap perkara yang dinaikkan di laman web itu menjadi realiti apabila tersebar dalam bentuk khabar angin. Namun, khabar angin itu menjadi semakin tidak terkawal apabila kemalangan, kehilangan bahkan kematian berlaku secara bersiri di Menggunung ini memaksa Izzat dan rakan-rakannya untuk menyelesaikan misteri ini, sekali gus menyelamatkan pekan yang terletak di tanah tinggi itu! “Kalau kau dengar bunyi hilai tawa puntianak jauh, maksudnya dia dekat. Kalau kau dengar dia dekat, sebenarnya dia...

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018

Pagi ini berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan di sekolah pokcik. Sekolah pokcik ni sekolah yang mana pelajarnya tidaklah ramai, hanya 178 orang sahaja dan gurunya tidak juga sampai berpuluh-puluh orang. 18 orang guru sahaja.  Walaupun tidak ramai tapi setiap program yang dijalankan tetap meriah. Sentiasa mendapat kerjasama dari pelajar dan warga sekolah. seperti biasa, pokcik belanja beberapa keping gambar majlis tersebut

Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah

Jom join segmen ni.. klik banner atas..

Segmen bloglist Aug & Sept by by zzzyy.blogspot.com

J om join segmen ni, syarat dia cukup senang  follow je blog ni.. Klik banner

Kita ni tengok je dia orang makan..

Semalam sahabat-sahabat pokcik mengadakan jamuan pulut durian. Pulut yang disponsor oleh bos pokcik dan santan kelapa pula ditaja oleh pengusaha kantin. Bukan main sedap dia orang semua, mentang mentang pokcik ni tak makan durian. Sebenarnya pokcik ni bukanlah pengemar durian dan bukan juga tidak boleh makan durian. Sebelum ini pokcik makan juga walau tidak banyak hanya seulas dua. Tapi buat masa ini pokcik berpantang dulu... untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan. Bau tu memang sedap.. Sebelum ni kalau pokcik nak makan durian hanyalah dengan pulut tu pun setaka dua tiga ulas.. Gaul dengan gula melaka lagi sedap kalau dengan gula pasir putih tu rasa lain.. tidak sedap. Tentang makan banyak durian ni, dulu pokcik adalah pengemar durian kalau setakat dua tiga biji tu hanya untuk pokcik seorang sahaja. Ada ceritanya yang menyebabkan pokcik trauma untuk makan banyak...