Langkau ke kandungan utama

Kita ni tengok je dia orang makan..

Semalam sahabat-sahabat pokcik mengadakan jamuan pulut durian. Pulut yang disponsor oleh bos pokcik dan santan kelapa pula ditaja oleh pengusaha kantin.

Bukan main sedap dia orang semua, mentang mentang pokcik ni tak makan durian. Sebenarnya pokcik ni bukanlah pengemar durian dan bukan juga tidak boleh makan durian. Sebelum ini pokcik makan juga walau tidak banyak hanya seulas dua. Tapi buat masa ini pokcik berpantang dulu... untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan



untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan. Bau tu memang sedap.. Sebelum ni kalau pokcik nak makan durian hanyalah dengan pulut tu pun setaka dua tiga ulas.. Gaul dengan gula melaka lagi sedap kalau dengan gula pasir putih tu rasa lain.. tidak sedap.



Tentang makan banyak durian ni, dulu pokcik adalah pengemar durian kalau setakat dua tiga biji tu hanya untuk pokcik seorang sahaja. Ada ceritanya yang menyebabkan pokcik trauma untuk makan banyak... ceritanya lebih kurang sepuluh tahun lalu, pokcik makan banyak durian sampai muntah dan bayangkanlah bila bau muntahnya durian itu kembali semula ke hidung kita.. tak sanggup dah pokcik.


Lepas itu, pokcik jadi takut hendak makan banyak buah durian ni.. kata orang trauma le gamaknya. Pokcik kalau bab makan pulut durian ni tak suka guna sudu... lagi selesa guna tangan, pakai ramas gitu... tak sanggup mereka makan dekat dengan pokcik.. tak sanggup mereka lihat dalam pinggan pokcik... haa.. itu dulu. sekarang ni tengok jer dia orang makan, berpesta.


Ulasan

Normala Saad berkata…
Lekat pantang juga pok cik dengan durian. Suami saya main bedal durian ni walau dia ada darah tinggi dan kencing manis.
Warisan Petani berkata…
WP pun tak giller durian.
Cuma suka tanam dan jamu orang aje.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu