Testimoni minyak gonggang


Satu maklumbalas yang baik pokcik terima di facebook berkenaan dengan minyak gonggang ini. Seorang pembeli minyak ini yang juga sahabat difacebook menyatakan berkaitan dengan bintil-bintil (kulit mati) yang timbul dikaki dan tangan suaminya akibat kolesterol mula hilang. Katanya suaminya menyapu pada setiap malam yang pada asalnya hanyalah untuk menghilangkan kulit yang kusam dan tanpa disangkanya bintil-bintil akibat kolesterol juga turut hilang.

Alhamdulillah, satu lagi diluar pengetahuan dan pokcik. Sesungguhnya Alam yang Allah jadikan ini untuk manusia terokai. Teringat lagi pesanan arwah ayah bila ia mengatakan getah pokok ini amat baik untuk penyakit kulit... dengan izinNya. 

Salah seorang sahabat pokcik, sewaktu berbual petang tadi menyatakan lenguh pada sendi lutut ibunya juga hilang bila setiap malam ibunya mengunakan minyak ini untuk diurut pada lutut... Setakat ini feedback yang diterima amat baik..

 

2 ulasan:

ejulz berkata...

terbaek minyak ni..

Del Asyraf berkata...

Minyak gonggang,,baru dengar..tapi bgus yer testimoni dia