Sekarang ni musim durian.. rata rata yang mempunyai kebun durian dapat menarik nafas lega.. kerana harga durian tidaklah terlalu rendah antara RM5.00 -RM4.00 Sekilo.
Kalau sebelum ni kebun mereka nampak suram, ditumbuhi semak samun yang tebal.. Kini meriah bilamana anak cucu datang berkampung.. menjamu selera.
Makan, makan juga.. pokcik memang tak makan durian ni.. kalau dibuat pulut atau pengat tu pokcik ambil lah juga walaupun sedikit. Memandangkan tekanan darah pokcik yang tidak stabil ni... Pokcik tengok je orang makan.. hari tu tekanan darah pokcik 184/92. Berpinar mata ni.. dimasukkan kat kecemasan dapat sejarum dan dua biji ubat stabil kembali tekanan darah..
Tidak dapat makan durian tidak semestinya menjadi faktor untuk tidak menanam pokok durian...
Ulasan