Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jemputan majlis akikah

Semalam terima whatsapp dari sahabat pokcik, guru tempat yang sama pokcik bertugas. Minta sangat sangat pokcik datang ke majlis akikah cucunya. Bukan jemputan biasa tetapi sebagai photographer majlis tersebut.  Banyak kali dah terang kat dia pokcik dah pencen dari kerja merakam gambar majlis seperti ini. Dia minta juga pokcik datang ambil gambar.. beria ria dia.. tak nak hampakan harapan sahabat pokcik pergilah juga tadi. Selesai tugas dia tanya pokcik berapa harga.. pokcik kata cukup sekadar harga minyak kereta pokcik datang sini... Dia hulur pokcik sampul angpow...  Balik rumah pokcik buka sampul angpow.. ok lah, kalau isi minyak petrol penuh satu tangki kereta axia.. dari Terengganu sampai Kuala Lumpur.. Pokcik kongsi sekeping dua gambar tadi

Gambar Hari Rabu #88 - Undangan Makan-makan di Kelas Pra

Hari ini pokcik menerima undangan makan-makan di kelas pra sekolah tempat pokcik berkerja sebagai tukang sapu.. Undangan ini adalah sempena Sambutan harijadi murid pra yang disambut secara serentak bagi bulan April - Julai tahun ini. Sampai disana sudah ada beberapa rakan guru yang sedang menjamu selera Tepat jam 10 pagi, Pokcik melangkah masuk ke kelas prasekolah. Dinding dihias meriah dengan belon dan kertas warna-warni. Lagu kanak-kanak berkumandang perlahan. Di tengah kelas, seorang anak kecil tersenyum lebar, memakai mahkota kertas dan baju istimewa. Matanya bersinar bila nampak Pokcik datang. “Terima kasih Pokcik sebab datang,” katanya sambil hulurkan sekeping kek coklat di atas pinggan kertas. Pokcik duduk sebentar, menikmati kek, mendengar gelak tawa budak-budak kecil menyanyi lagu hari jadi. Hatinya tenang. Dalam dunia yang sering terburu-buru, momen k ecil seperti ini mengingatkan kita tentang nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang tak memandang pangkat atau jawatan. Bukan ...

Meja Kerja #28 - Kemaskini data HRMIS

  Tengah sibuk-sibuk buat kerja lain tetiba datang wasap minta kemaskini data tidak berintergriti.. berkaitan Gred gaji staff.. apa lagi terus beralih arah buat kerja kemaskini data ini

Cerita Kedai Kopi - Santan Mahal, Kelapa Pun orang dah Curi

“RM5 sebiji Pokcik! Kelapa bukan emas, tapi sekarang harga dia macam kena salut emas!” Begitulah Mail merungut pagi tadi di kedai kopi. Harga santan melambung naik. Katanya, nak masak gulai pun kena fikir dua kali. Isteri dia dah marah sebab balik rumah bawa santan kotak je — itu pun dua. Haji Samad geleng kepala. “Dulu buah kelapa orang biar berguguran je kat belakang rumah. Sekarang? Orang sanggup panjat pokok tengah malam!” Tak tahu nak gelak ke nak geram. Tapi memang betul — kelapa sekarang laku keras. Ada yang kata, pekebun kecil dah mula jaga kebun kelapa macam jaga bendang padi. Bukan sebab sayang sangat pokok tu — tapi sebab takut kena curi! Pokcik tahu sangat sebab... Pokcik sendiri yang tangkap pencuri minggu lepas!. Hari sabtu lepas, Isteri pokcik bagi tahu kat pokcik ada orang panjat pokok kelapa sepupu pokcik belakang rumah. Dia dengar bunyi kelapa jatuh sewaktu bagi makan ayam kat reban. dia pergi intai dan lihat ada orang duduk dekat pelepah kelapa sedang menenda...

Sembang Kedai Kopi -#1

Seperti biasa hari mingu sebelum ke kebun pokcik masuk kedai kopi Zahar ditepi parit dekat sawah padi . Kedai ni bukan saja tempat orang isi perut, tapi tempat lepas geram, kongsi cerita, dan kadang-kadang macam sidang parlimen mini. Pengunjung setianya adalah terdiri dari rata-rata pekebun dan pesawah padi Gambar sekadar hiasan Pagi ni, tiga orang sahabat dah dah ada sana: Mail tukang berita, Din Gebang, dan Mat Cangkul. Nama bukan main, tapi itu semua sebab perangai. Mail buka cerita dulu. “Hangpa baca tak pasal isu subsidi diesel tu? Dah naik harga. Pemandu lori dah mula mengeluh. Harga barang, tunggu masa naik.” Din menyampuk. “Biasalah tu Mail, bila kerajaan cuba kawal perbelanjaan, rakyat bawah jugak yang rasa. Tapi kalau tak buat, hutang negara makin menimbun.” Pokcik hirup kopi, letak cawan. “Masalahnya, sistem bocor. Bila subsidi bocor ke orang tak sepatutnya dapat, rakyat betul-betul perlukan ni jadi mangsa.” Mat Cangkul geleng kepala. “Aku ni pesawah, baja pun mahal. Mes...

Hari Jadi Pokcik – Syukur dan Terima Kasih

Alhamdulillah, hari ini bertambahlah usia pokcik setahun lagi. Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat umur, kesihatan, dan kesempatan untuk terus hidup di bumi yang sementara ini. Hari ini terasa berbeza – bukan kerana majlis atau sambutan besar-besaran, tetapi kerana keikhlasan dan kasih sayang yang mengalir dari ucapan yang pokcik terima. Ucapan demi ucapan masuk sejak awal pagi, dari ahli keluarga, sahabat lama, rakan sekerja, dan yang paling mengejutkan – rakan-rakan dari media sosial. Ada yang tinggalkan komen di Facebook, ada yang DM di Instagram, ada juga yang buat status khas sempena hari jadi pokcik. Tak lupa juga yang telefon dan hantar mesej – setiap satu amat bermakna. Terharu juga bila ada yang masih ingat, walau kita jarang berjumpa. Kadang-kadang hanya bertegur sapa di alam maya, tapi doa dan ingatan mereka benar-benar menyentuh hati. Terima kasih semua. Pokcik doakan kalian juga sentiasa diberi kesihatan, ketenangan jiwa dan rezeki yang berkat. Hari ini bukan tentang u...

Pokcik Cuti Kerja Hari Ini – Emak Hypo Subuh Tadi

Pagi ini bermula dengan cemas. Pintu rumah pokcik diketuk seawal subuh pagi.. buka pintu sahaja, berdiri adik pokcik.. katanya dah banyak kali call.. pokcik lupa henset pokcik silent kan dari semalam lagi. Adik pokcik kata emak sakit ada tanda tanda hypo.. Emak pokcik duduk bersama dengan adik bongsu pokcik.. berhadapan dengan rumah pokcik.. bukan jauh pun, dua tiga langkah jer Terus pecut ke Unit Kecemasan Hospital Jerteh. Dalam hati tak putus-putus doa, “Ya Allah, permudahkan urusan emak hari ni…” Alhamdulillah, selepas beberapa jam pemeriksaan dan rawatan, sekitar pukul 11.40 pagi, urusan selesai. Emak nampak makin stabil, dan kami pun balik ke rumah untuk emak berehat. Hari ni Pokcik ambil cuti kerja. Bila emak sakit, kerja pun tolak tepi dulu. Sebab dalam hidup ni, emaklah satu-satunya insan yang tak pernah tinggalkan Pokcik waktu susah. Jadi bila emak perlukan Pokcik, takkan Pokcik nak biar? Mohon doa sahabat-sahabat semua, semoga emak cepat sihat dan pulih seperti biasa. T...