Langkau ke kandungan utama

Pokcik Cuti Kerja Hari Ini – Emak Hypo Subuh Tadi

Pagi ini bermula dengan cemas. Pintu rumah pokcik diketuk seawal subuh pagi.. buka pintu sahaja, berdiri adik pokcik.. katanya dah banyak kali call.. pokcik lupa henset pokcik silent kan dari semalam lagi. Adik pokcik kata emak sakit ada tanda tanda hypo.. Emak pokcik duduk bersama dengan adik bongsu pokcik.. berhadapan dengan rumah pokcik.. bukan jauh pun, dua tiga langkah jer

Terus pecut ke Unit Kecemasan Hospital Jerteh. Dalam hati tak putus-putus doa, “Ya Allah, permudahkan urusan emak hari ni…”

Alhamdulillah, selepas beberapa jam pemeriksaan dan rawatan, sekitar pukul 11.40 pagi, urusan selesai. Emak nampak makin stabil, dan kami pun balik ke rumah untuk emak berehat.

Hari ni Pokcik ambil cuti kerja. Bila emak sakit, kerja pun tolak tepi dulu. Sebab dalam hidup ni, emaklah satu-satunya insan yang tak pernah tinggalkan Pokcik waktu susah. Jadi bila emak perlukan Pokcik, takkan Pokcik nak biar?

Mohon doa sahabat-sahabat semua, semoga emak cepat sihat dan pulih seperti biasa. Terima kasih juga pada staf Hospital Jerteh – memang terbaik layanan kalian. Moga Allah limpahkan rahmat dan kesabaran buat semua petugas barisan hadapan.

Hari ini bukan hari yang mudah, tapi syukur segalanya dipermudahkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...