Langkau ke kandungan utama

Petang Tadi Gali Ubi Kayu, Terkejut Tengok Besarnya!

Petang tadi Pokcik turun kebun macam biasa. Cuaca redup, angin sejuk-sejuk sikit... elok sangatlah nak gali apa yang patut. Pokcik jalan tengok pokok-pokok, tiba-tiba mata tertumpu pada satu pokok ubi kayu yang pada perkiraan pokcik sudah cukup matang isinya. Dalam hati terdetik, “Ni mesti dah masak ni, elok sangat kalau cabut petang ni.”

Pokcik pun ambik cangkul, gali keliling batang. Baru korek sikit, dah rasa berat. Pokcik pegang batang tu, tarik dengan penuh semangat... GEDOBOH!! Pokcik terus jatuh terduduk atas tanah! Habis seluar kena lumpur, tanah melekat sampai ke punggung. Pokcik tergelak sorang-sorang, nasib baik tak ada orang nampak. Kalau bini nampak, mesti dia cakap, “Tu la, nak tunjuk kuat sangat!”

Pokcik bangun balik, cuba tarik semula. Bila berjaya cabut, Subhanallah! Pokcik sendiri terkejut. Besar betul ubi dia. Ada panjang macam lengan, ada besar macam betis. Pokcik pegang pun dua tangan tak lepas. 

Lepas Pokcik cuci sikit ubi tu, terus terfikir – “Ni kalau buat kuih bokor, memang jadi ni.” Pokcik pun bagitahu bini, “Tolonglah buat kuih bokor sedap-sedap, lusa nak bawa pergi sekolah". Pokcik nak bawa pi sekolah masa Hari Guru nanti. Bagi rakan rakan guru rasa hasil dari kebun pokcik.

Bini Pokcik pun senyum je, katanya, “Kalau ubi besar gini, bukan kuih bokor je kita boleh buat, boleh buat satu talam kuih bingka sekali.”

Itulah rezeki dari tanah... Alhamdulillah...

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Sedapnya pokcik...terbayang-bayang dh bingka ubi kayu dan kuih bakor ...nasib la SA x makan ubi...berangin satu badan kang..
pokcikblogger berkata…
Pokcik tetap makan, tapi kurang rasa selesa pada badan..
thisni3za berkata…
Wow...Ni kalau dpt buat bingka ubi sedap jgk ni =D

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu