Isnin, 5 Mei 2025

Lima Hari Lagi Baru Boleh Dituai

Lebih kurang dalam lima hari lagi dapatlah pokcik menuai jagung ini dapat merasa manisnya jagung madu. Hari ini baru 60 hari usianya, baru nampak warna kekuningan tapi belum lagi cukup matang untuk dituai hasilnya.  Tempoh yang sesuai adalah berusia 65 ke 70 hari, ada juga sehingga ke 75 hari bergantung kepada jenis varieti yang dgunakan.

Petang semalam hujan lebat disertai angin yang kuat hingga menyebabkan beberapa batang jagung pokcik tumbang, rasanya lebih dari 50 pokok. In Sha Allah rasanya ianya boleh lagi dituai hasilnya.

 


2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Nampak cantik tersusun rapi isinya

pokcikblogger berkata...

Alhamdulillah.. in Sha Allah ada rezeki untuk pokcik nanti..