Langkau ke kandungan utama

Sembang Kedai Kopi -#1

Seperti biasa hari mingu sebelum ke kebun pokcik masuk kedai kopi Zahar ditepi parit dekat sawah padi . Kedai ni bukan saja tempat orang isi perut, tapi tempat lepas geram, kongsi cerita, dan kadang-kadang macam sidang parlimen mini. Pengunjung setianya adalah terdiri dari rata-rata pekebun dan pesawah padi

Gambar sekadar hiasan

Pagi ni, tiga orang sahabat dah dah ada sana: Mail tukang berita, Din Gebang, dan Mat Cangkul. Nama bukan main, tapi itu semua sebab perangai.

Mail buka cerita dulu.
“Hangpa baca tak pasal isu subsidi diesel tu? Dah naik harga. Pemandu lori dah mula mengeluh. Harga barang, tunggu masa naik.”

Din menyampuk.
“Biasalah tu Mail, bila kerajaan cuba kawal perbelanjaan, rakyat bawah jugak yang rasa. Tapi kalau tak buat, hutang negara makin menimbun.”

Pokcik hirup kopi, letak cawan.
“Masalahnya, sistem bocor. Bila subsidi bocor ke orang tak sepatutnya dapat, rakyat betul-betul perlukan ni jadi mangsa.”

Mat Cangkul geleng kepala.
“Aku ni pesawah, baja pun mahal. Mesin nak sewa pun naik harga. Tapi kalau tak ada subsidi langsung, siapa nak tolong kami?”

Pokcik pandang satu-satu.
“Kita boleh sembang sini tiap pagi, tapi selagi orang atas tak turun padang, tak dengar keluhan betul-betul, sembang kita ni tinggal jadi angin lalu.”

Mail ketuk meja.
“Betul tu Pokcik. Tapi suara orang kampung ni siapa nak dengar? Wartawan pun sibuk kejar kisah artis gaduh kat media sosial.”

Kami semua ketawa kecil.
Sembang kedai kopi, walaupun nampak ringan, kadang-kadang lebih jujur dari sidang dewan. Cuma sayangnya, tak ramai sudi dengar.

Nota.
Hanyalah cerita semata-mata..


Ulasan

Aien Rusli berkata…
Bila jumpa kawan kawan pasti banyak topik jadi bualan. Dari sekecil kecil topik sampailah topik yg sedang hangat diperkatakan skrg.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu