Langkau ke kandungan utama

Sup Belut Panas

Pagi tadi, waktu nak cari tempat duduk di kantin, mata pokcik terus terpandang satu bekas besar berwap-wap atas meja hidangan. Bila didekatkan, ha… rupa-rupanya sup belut. Bau dia naik lembut, kuahnya bergoyang perlahan setiap kali sudu mencedok. Kawan-kawan di kantin pula bukan main seronok hirup kuah macam tak cukup mangkuk. Ada yang siap hulur kat pokcik sambil senyum senget, “Cubalah sikit, pokcik…”

Pokcik hanya geleng.
Bukan sombong, bukan memilih.
Cuma tubuh pokcik memang tak mahu berdamai dengan belut.

Entah kenapa, dari dulu kalau sebut belut saja… perut pokcik macam berkocak tanda ‘tolonglah jangan’. Pernah dulu kena tipu, dihidang kuah laksa pekat sedapnya bukan main. Hirup sekali dua, rasa manis kuah tu memujuk tekak. Tapi bila tuan punya lauk bisik, “Belut tu pokcik…”, terus rasa loya melompat naik sampai ke dahi. Hilang segala nikmat dunia.

Tapi lucunya, kalau disuruh masak, pokcik boleh saja. Nak tumis bawang, nak rebus halia, nak bagi kuah naik aroma.... semua boleh. Cuma nak telan? Ha… yang itu pokcik angkat bendera putih.

Pagi tadi, sambil tengok kawan-kawan makan dengan penuh selera, pokcik teringat juga, hidup ini aneh. Ada benda kita boleh buat tapi tak boleh terima. Macam belut dalam kuah panas itu. diri orang lain nampak sedap, pada pokcik jadi bagai bayang sungai yang mengingatkan pengalaman lama.

Lalu pokcik duduk saja di hujung meja, hirup kopi, tengok mereka menikmati rezeki masing-masing.
Dalam hati pokcik berkata perlahan—
Hal-hal kecil begini pun ada ceritanya, ada ragamnya, ada gelinya. Tapi begitulah hidup: ada yang kita suka, ada yang kita elak, tapi semuanya tetap jadi bahan ketawa pagi di kantin sekolah.

Begitulah catatan pagi ini.
Belut tak masuk perut pokcik,
tapi masuk dalam blog pokcik hari ini.

Ulasan

Ana Jingga berkata…
saya pernah sekali merasa makan belut ni di kedai tomyam, itu pun sepotong kecil je sebab nak rasa di masak paprik kalau tak silap, rasa ikan juga tapi kalau kata nak repeat tu mungkin tidak lah kut hehe :)
Suria Amanda berkata…
Sdapnya sup belut Pokcik...tapi kalau orang tak boleh makan atau geli nak makan jangan cuba ditipu- tipu...kan?
thisni3za berkata…
Sy rasa jarang skali mkn ikan belut..Pernah mkn rendang belut...Tp tekak x bleh terima sbb isinya liat sikit kan.
Puan Hazel berkata…
Saya pun pernah terkena mcm Pokcik. Terus jadi trauma sampai sekarang haha
Puan Hazel berkata…
Sy pernah terkena mcm Pokcik. Trauma sampai sekarang haha 😆
Etuza berkata…
Salam singah, saya di Bangi Selangor ni sekarang wak, Aduh samalah kita saya tak pernah makan belut, mybe dari kecil tak pernah jumpa masakan belut ni..padahal di sawah selalu jumpa belut..jumpa belut takut terus..panjang licin..tak apa belut masuk blog, hidup blog
Kakmim berkata…
sy peminat ikan pokcik tp 2 jenis ikan yg sy x mkn, belut dan patin... haruan mkn tp tgk siapa yg masak.. hihihi
namakucella berkata…
Wah....bestnya sup belut pun depa jual yer....Tekak saya jenis mudah menrima kebanyakan makanan...tu yang payah nak kurus,,,hihihi