Pagi ini redup dan nyaman. Pokcik turun ke kebun seperti biasa bawa semangat baru walaupun badan masih terasa sengal semalam. Aktiviti utama pagi ni – alih anak-anak sawi ke batas baharu.
Anak-anak sawi ni pokcik semai beberapa minggu lepas, sekarang dah mula tumbuh. Masa paling sesuai nak pindahkan mereka ke batas baru yang lebih luas. Guna tangan saja, pelan-pelan cungkil supaya akar tak rosak. Seronok tengok barisan hijau kecil mula tersusun rapi atas tanah hitam yang pokcik dah gembur awal-awal.
Sekali tengok, memang nampak macam kerja remeh. Sambil buat kerja, bunyi burung pagi jadi muzik latar. Sekali-sekala angin datang sapu peluh di dahi. Begitulah kehidupan di kebun – sederhana tapi penuh makna.
Nanti pokcik kongsikan lagi perkembangan mereka. Doakan subur ye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan