Langkau ke kandungan utama

Cerita Kedai Kopi - Santan Mahal, Kelapa Pun orang dah Curi

“RM5 sebiji Pokcik! Kelapa bukan emas, tapi sekarang harga dia macam kena salut emas!”

Begitulah Mail merungut pagi tadi di kedai kopi. Harga santan melambung naik. Katanya, nak masak gulai pun kena fikir dua kali. Isteri dia dah marah sebab balik rumah bawa santan kotak je — itu pun dua.

Haji Samad geleng kepala.“Dulu buah kelapa orang biar berguguran je kat belakang rumah. Sekarang? Orang sanggup panjat pokok tengah malam!”

Tak tahu nak gelak ke nak geram. Tapi memang betul — kelapa sekarang laku keras. Ada yang kata, pekebun kecil dah mula jaga kebun kelapa macam jaga bendang padi. Bukan sebab sayang sangat pokok tu — tapi sebab takut kena curi!

Pokcik tahu sangat sebab... Pokcik sendiri yang tangkap pencuri minggu lepas!. Hari sabtu lepas, Isteri pokcik bagi tahu kat pokcik ada orang panjat pokok kelapa sepupu pokcik belakang rumah. Dia dengar bunyi kelapa jatuh sewaktu bagi makan ayam kat reban. dia pergi intai dan lihat ada orang duduk dekat pelepah kelapa sedang menendang buah kelapa. Apa lagi pokcik terus capai parang panjang berlari anak ke sana. Tak terpikir pula nak bawa henset untuk rakam.. kan zaman sekarang ni zaman viral.. apa yang terpikir oleh pokcik waktu itu adalah keselamatan pokcik.. itu yang menyebabkan pokcik capai parang panjang, manalah tau kot-kot nanti diterkamnya pokcik.. Parang panjang ni la penyelamat pokcik

Pokcik jerit, “Woi! Turun! Turun! Bukan pokok atuk kau ni!”

Budak tu terkejut, nyaris jatuh. Tapi dia turun jugak. Pokcik tak pukul. Tak maki. Cuma tanya elok-elok. Katanya, dia dah biasa ambil kelapa dari kebun kosong. Dia tak tahu itu kebun sepupu Pokcik.

Inilah buah kelapa yang dipanjat oleh budak pencuri itu yang tak sempat dibawa lari

Tapi Pokcik pesan:“Sekarang kelapa bukan barang buang, dik. Orang jaga macam emas. Lain kali, mintak dulu, itu pun kalau orang bagi.. kalau tidak bayar dulu”

Golok/parang si pencuri yang tertinggal tak sempat dibawa pergi

Di meja kopi pagi tadi, sembang makin rancak.

Semua setuju:

Kelapa dah bukan buah kampung biasa. Sekarang dia ‘high demand’ – dari kuih, kari sampai bisnes santan botol.

Ada yang mula kunci pagar kebun. Ada yang upah orang jaga malam dan ada yang macam Pokcik — jadi polis kampung tak rasmi. Dulu Pokcik ketawa bila orang kata buah kelapa boleh buat gaduh. Sekarang Pokcik percaya kalau harga makin naik, tak mustahil nanti — kelapa jadi isu parlimen!

Mail cakap: “Pokcik, kalau dapat tanam sepuluh pokok kelapa sekarang, 10 tahun lagi boleh pencen!”

Pokcik jawab “Asal tak kena curi tiap minggu, bolehlah!”

Tapi sekarang kan sudah anak benih kelapa yang dah tiga tahun dah boleh kutip hasilnya


Ulasan

Suria Amanda berkata…
SA setuju..kelapa sangat mahal..kat Seremban ni kelapa muda je RM6..kalau beli x potong atasnya, RM5...santan aaptah lagi..tp kat kg SA Pak Lang tanam kelapa khas untuk tupai makan...hahaha...kadang hangin je tengok buah bukan main banyak tapi ditebuk tupai..bak kata omputeh..purposely tanam untuk bagi tupai makan...
pokcikblogger berkata…
tak sempat panjat tu.. tu yang dapat kat tupai dulu

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu