Khamis, 3 April 2014

TERmakan Ulat Bulu

Jangan percaya dengan tajuk tu... sebenarnya bukan ulat bulu yang aku makan tapi sejenis kuih yang dipanggil ulat bulu... tempat lain aku tak tahu nama apa yang dipanggil pada kuih ni. Yang aku tahu, sejak dari kecil sampailah ke usia ini.... itulah namanya. Dalam dok kecoh-kecoh dikantin sekolah tadi dua tiga orang rakan sahabat pun tidak mengetahuinya nama panggilan selain ulat bulu.... barangkali ada rakan-rakan blogger yang tahu..



Kali ini aku nak kongsi sedikit macam mana nak buat kuih ni.... itu pun setelah aku bertanya dengan ADIK aku...Beberapa kali aku suru dia sertai masterchef, dia ada bakat tapi rasa-rasanya kurang keyakinan.

Bahan-bahan untuk buat kuih ulat bulu
1/2 kg tepung beras pulut
sedikit kapur makan
Kacang hijau (dijadikan inti)
Pewarna - ikut citarasa
Kelapa muda - diparut

Cara membuatnya
Campur tepung beras pulut dengan sedikit kapur dan air kemudian uli hingga sebati dan kemudian campurkan sedikit pewarna

Setelah siap diuli buatkan sebiji demi sebiji dan masukkan inti kacang didalamnya.

Masukkan kedalam air yang mendidih sehingga terapung, angkat dan sejatkan air dan kemudian digaul dengan kelapa muda parut..... jeng.. jeng.. selesailah tu

3 ulasan:

Unknown berkata...

1st time tau kuih ni di panggil ulat bulu..huhuhu

Wafa cw berkata...

ni kalau buat bulat-bulat orang panggil buah melaka nih.... tapi sebab dia panjang macam tu dia jadi ulat hehehe... beza satu lagi..inti kacang ...kalau buah melaka... bubuh nisan... ko nissan (ada sabdu)... (bahasa melayu orang panggil apa dah nissan?)...

pokcikblogger berkata...

betul tu tuan wafa... maklumlah tuan ni lama juga duduk di Besut.... hee... nis'san keret.