Langkau ke kandungan utama

HDMI Cable punya pasal.....


Senarai filem filem terbaru dalam external dan pen drive adalah dua tiga belas cerita....  hati terasa hendak menonton. Menonton di skrin laptop atau PC tidak mendatangkan kepuasan bagi aku... 

Jadi pagi tadi aku ke bandar Jerteh, tujuannya cari kabel HDMI untuk menonton filem di skrin tv. Dua tiga kedai komputer yang aku pergi tiada satu pun yang menjual wayar ini. Akhirnya tuan punya kedai komputer cadangkan aku pergi ke sebuah kedai elektrik...Kenapa kedai elektrik?.. sedangkan kabel yang aku mahukan ini kabel komputer.

Bila aku pergi kedai elektrik ni... sah memang kabel ada....harga sebenar ditanda harga RM45....selepas tawar menawar...dapatlah harga RM38...

Mood berbelog aku jadi merudum.. filem punya pasal. Layan filem bersama anak-anak.... Jom layan cerita,... berblog tu aku sambung besok..... Blogwalking..hmmm... line tu yang buat aku malas.... Celcom punya line ciput sehari dua ni.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Masih mahal rupanya kabel HDMI.
Wafa cw berkata…
hah... usaha sampai gitu sekali hahahahaha... alang-alang mau kasi puas :D

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu