Langkau ke kandungan utama

Menimba & meragau

Pernah tak anda buat aktiviti macam ni... kalau kat kampung aku dan sekitar daerah sini aktiviti ini  dikenali sebagai menimba dan igat ikan (tangkap ikan/meragau). Aktiviti seperti ini hanya dilakukan bila alor atau parit mulai kering dan hanya tinggal lubuk-lubuk.

Waktu dahulu aktiviti seperti ini cukup meriah dimana kaum lelaki sibuk untuk menimba air dari takungan/alor, sementara kaum perempuan pula bergotong royong memasak untuk kaum lelaki.


Sekarang ini air dari lubuk tidak lagi ditimba menggunakan tenaga manusia.... enjin digunakan bagi menyedut air dari lubuk-lubuk dan masa dapat dijimatkan.


Petang jumaat lepas... aku dan jiran yang mesra ku panggil sebagai Pokcik Nor telah berpakat untuk menimba alor berhampiran dengan madrasah.  Bermula jam 3 petang dan pada jam 4.30 petang dengan bantuan enjin air dengan kos minyak sebanyak RM20.



Aku dan Pokcik Nor selesa memerhati dari atas tebing dan memberi arahan secara lisan.  Hanya memerhati anak dan ank buah yang bersemangat 'berkube' selut.... seronok teringat zaman kecil-kecil dulu. Bagi mereka yang tinggal dikampung atau pernah membesar dikampung tentu pernah merasai suasana seperti ini.
 

Kalau diperhatikan ikan-ikan yang didapati dari hasil aktivit ini.... rata-rata ikan seperti haruan dan bujuk yang paling besar hanyalah sebesar lengan. Tidak seperti sewaktu saya di zaman remaja dahulu ukuran sebesar betis adalah pperkara biasa. Ini membuktikan aktiviti yang kita lakukan juga banyak

Mana-mana aktiviti yang dilakukan penonton tetap ramai.... jiran tetangga yang juga merupakan anak beranak akan kecoh memberi kata-kata perangsang tak kurang juga suara-suara sumbang yang sekadar seloroh jenaka tetapi tetap menyaitkan telinga bagi mereka yang berkubang untuk menangkap ikan di bawah sana.

Ulasan

Wafa cw berkata…
Hahahaha... saya ingatlah kan, masa tu tak sekolah lagi so umur mungkin 6 tahun macam tu lah... ayah saya bawak masuk dalam hutan Gelam ngan kemunting kat Alor Lintang bahagian belakang sekolah rendah tengku mahmood... masuk punya lah jauh... cari kubang... lepas tu dia timba air sampai kering ... kutip ikan haruan bawak balik... kalau kat kelantan... ayah saya bawak pergi serkap dalam bendang... hmmmm... seronoknya zaman kecik dulu... :D

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...