Alhamdulillah ..... dah masuk tahun kedua rasanya aku berhenti merokok.. bilangan hari aku tak pasti kerana aku tidak merekod tarikh aku berhenti merokok.... yang pastinya aku nak ajak rakan-rakan yang mana merupakan seorang perokok kalau boleh cuba lupakan rokok untuk sehari... atau Jom Berhenti MerokokJom Berhenti Merokok terus. Jadi macam aku dan rasakan pernafasan yang bebas dari asap rokok.
Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi. Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...
Ulasan
dah kurangkan sikit dan downgrade dari hisap roko sekerit kpd rokok daun... cuma tiap kali lepas makan tu memang tak upaya... nak kena cucuh jugak... kalau tak lah... dia rasa camana ntah... dok bau ajer asap tembakau tu... tapi bila teringat kata-kata ustaz Don... terkedu jugak..hisap pelan-pelan setakat dua tiga sedut buat hilang ketagih... kalau boleh buang cabut gitu syiok jugak.. ni nak kena lawan habis-habisan dan biasanya kalah jugak time-time tertentu :D