Langkau ke kandungan utama

Masalah aku bila berblog

  
Google punya

Aku ada idea.... aku ada cerita yang ingin disampaikan dalam blog. Sebaik sahaja jari jemari aku berada atas keyboard, tiba-tiba aku tidak tahu bagaimana cara untuk aku menyampaikan atau menterjemahkan apa yang ada di otak aku ini ke dalam blog.

Idea itu tidak hilang..... ia juga tidak terbang. Masih bersarang lagi di dalam kepala... Disinilah masalah aku bermula.

Pertuturan harian aku adalah dialek Kelate... aku berfikir seharian pun dalam bahasa Kelate. Itu yang menjadikan masalah untuk menyusun ayat-ayat... walaupun tak secantik ayat-ayat cinta.

Nak kata aku tak kredit Bahasa Melayu masa SPM dulu... Okay. Aku dapat pangkat dua BM masa tu.

Teringat kata-kata seorang sahabat dulu... seorang Guru Pakar Bahasa Inggeris.

"Zie... Kak Ani minta maaf.. Kak Ani kan kadang-kadang sukar nak cerita dalam Bahasa Melayu... Sebabnya hari-hari Kak Ani bercakap dalam BI, berfikir pun dalam BI, berleter kat anak-anak pun dalam BI" dah 13 tahun aku tak jumpa dia. Selepas berpindah sekolah. Aku rasa aku pun macam tu juga sukar untuk bercerita. Mungkin tidak sebaik mana.

Aku bercakap kadang-kadang anak sendiri tak faham sepatah dua perkataan yang aku tuturkan. Sebagai contohnya seperti mana aa yang pernah berlaku

"Tolong amik jebol atas mari dapur nuh" anak aku tetap pergi kedapur dan melihat sekeliling. Aku tengok gelagat dia. Sah dia tak faham arahan aku. Lepas tu dia datang kat aku.

"Jebol tu apa abah" memang sah dia tak tahu.

"Jebol tu botol air" yang lain tu dia dah tahu 'mari' tu adalah almari dan 'nuh' tu adalah pelengkap kata.

Ni yang buat aku sukar menterjemahkan apa yang bersarang dalam kepala. Cerita ni pun selepas sejam aku dok fikir-fikir barulah dapat susun ayat. Tu yang jadi aku tulis lebih kurang kat blog ni sesuai sangatlah dengan kecek lebih kure.

Ulasan

Umie Amirain berkata…
bersabar ya...kena berusaha lebih lagi dan jangan putus asa...insya Allah, tak lama lagi, akan baik2 belaka...^_^
Abam Kie berkata…
Kena belajar bercakap bahasa surat tu.
Syira Lokman berkata…
sabar..doa dlu sebelum mulaa
Wafa cw berkata…
Hahahaha... adoi... serius... kawe gelak terbahak-bahak baca entri demo nih... daok agok doh... tak po be.. koho koho... whahahahahahaha...
(kesat air mata... gelak kuat sangat)...
Gambatte!!! Caiyok!!! buleh buleh... tubik buoh klate sekali skala tak apo eh... hahahahahahaha..
Abe Kie pong tubik kot klate jugak tu ... bahasa surat... hahahahahahahaha
Wafa cw berkata…
bahasa surat tu gappo be.. hahahahahahaha
pokcikblogger berkata…
Tuan wafa... serius kecek ni. Mulo-mulo tu dok fikir nok cerita pasal apa ari ni... tu lah sapai tubik cerita tu. Baca mulo mulo raso nok suko jugok. Meme lah kade-kade tu raso kekok tulis ayat standard tapi tak lah sapai tahap gaban.. kawe kecek lebih kure jah, itulah yg nak d buat pada awal penerbitanl blog ni... haaa...
Vee berkata…
Duuhh. Vee fhm sgt kot situasi uncle Zam ni. Vee hari2 speaking kt kindergarten, bila menaip kat blog memang payah habis kalau guna bhs lain, sbb tu jadi English blog. Sampai nak communicate dengan org sekeliling pun guna English. Kadang2 segan gak, mana tau org ingat Vee rasa curl-lass sgt pakai English. Huhu. Ni cuti 2 hari dari kindergarten bru dpt guna bhs lain. Haha..
pokcikblogger berkata…
Vee... sukar juga untuk lari dari kebiasaan... itulah yg jadi pada saya... saya masih ada lagi cerita yang berkaitan dengan situasi seperti ini.
Wafa cw berkata…
sama macam saya la... blogging kut bahasa inggeris campur-campur sebab nak berlatih balik bahasa inggeris...lama tinggal... berkarat... :D
Ezelovesse7en berkata…
Takpe, pengaruh mother tongue. Masalah serupa juga dekat saya, nak buat ayat bahasa melayu power, susah sebab mesti ada sedikit unsur sabahan terselit. Kalau da rasa susah sangat nak buat ayat melayu formal tu, tu yang sampai mix dengan english. No worry, you are not alone :)
pokcikblogger berkata…
Ezelovesse7en.. saya rasa ramai yg ada masalah mcm ni

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...