Langkau ke kandungan utama

Cerita parking

Pagi tadi ke HUSM Kubang Kerian, atas urusan peribadi.... sambung ubat. Satu hal yang menjadi masalah di sini ialah betapa susahnya nak parking.

Sampai di sini jam 9.30 pagi. ... ada rungutan dari joki sendiri.

"Peluh molek kita pagi ni" itu perbualan yang sempat aku dengar antara dua joki.

Memang benar, tempat parking telah penuh ada yang bersilang, ada yang menghalang.
Selesai menurunkan isteri, aku bergerak mencari tempat parking ... beberapa kali pusing memang tiada. Akhirnya aku macam yang lain, menyilang dihadapan sebuah kereta.  Hampir dua puluh minit di situ. Tuan punya kereta yang aku silang datang.  Bertuahnya aku. Tempatnya aku ambil alih. Kiri kanan ramai lagi belum dapat.

Terus ke farmasi untuk menemui isteri yang menunggu nombor giliran dipanggil. 3060 nombor giliran di tangan isteri, nombor di monitor 3055, dah tak lama.

Aku kembali ke kereta.  Terpandang sebuah alza, di dalamnya sepasang suami isteri muda.  Sedang si isteri memangku bayi mungkin anak pertama.  Aku kesian.... mungkin si bayi ini ada temu janji dengan doktor...

Aku mengetuk cermin sebelah pemandu (si suami) minta dia parking tempat aku. Aku katakan padanya aku tak lama... aku jelaskan padanya.... dia masuk tempat aku, aku kembali parking menyilang.

Sebuah penghargaan ku terima.... ku balas dengan kata, rezeki si kecil. Ku sangkakan sekejap rupanya hampir setengah jam juga di situ barulah isteriku sampai.

Ulasan

fragmenbiru berkata…
Allahu Rabbi.. mulianya hati.. In Shaa Allah..ganjaran Allah..

Salam Maulidur Rasul...Abak nak ajak join segmen :

http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html
mila berkata…
Klo rmi yg bfikiran mcm ncik mmg untung la kn.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu